Monday, October 26, 2009

C.I.N.T.A


C.I.N.T.A
Cinta...
Perkataan yang indah bagi setiap insan, cinta datang dan pergi tanpa dipinta..
Cinta lahir dalam sanubari dan dekat di hati setiap insan...Sememangnya cinta yang hakiki adalah cinta Ilahi namun di sini ingin skali ku kupaskan kisah cinta sesama manusia...
Setiap insan dilahirkan berpasang pasangan, kata org dari pandangan mata turun ke hati, berbunga cinta kian mekar dan cinta kian bersemi...tentu sekali kasih yang tercipta atas dasar cinta dan dibina oleh kedua-dua pihak, kata org bertepuk sebelah tgn masakan ia akan berbunyi...
Teman...
Pernahkah anda terfikir cinta boleh merubah seseorg?
Tentulah jawapannya YA...cinta mampu merubah segala-galanya...melihat teman-teman di sekeliling membuatkan aku terus melakar coretan di alam maya ini...
Sesekali kuterfikir cinta mampu merubah perilaku seseorg ke arah yang lebih positif...
Teringat daku kisah seorg teman yang dahulunya suka bersosial, berpoya-poya, melihat wajahnya di surau jarang sekali...namun, setelah bertemu gadis yang sememangnya solehah, hatinya terpanggil untuk berubah dan Alhamdulillah perubahannya bukan shj sebelum gerbang perkahwinan malah berterusan hingga kini...perubahannya mmg ketara kalau dahulu dia suka bersosial dan berpoya-poya kini tidak lagi. Jika dahulu melihat wjahnya jarang sekali di surau, kini bagaikan hatinya terpaut di masjid...
Namun paling yang dikhuatirkan cinta yang juga mampu merubah seseorg ke arah yang negatif dan menjerumuskan seseorg ke lembah yang hina...
Lihat sahaja di dada akhbar, kerana cinta mereka sanggup melakukan maksiat dan natijahnya bila si wanita hamil, bayi dibuang merata-rata...hilang sudah rasa perikemanusiaan...
Kerana cinta, muda mudi masa kini lebih rela melarikan diri dari rumah jika cinta mereka terhalang...melihatkan keadaan seperti ini membuatkan aku yakin dengan statement 'cinta itu buta'...
Cinta membutakan mata hati namun, cinta yang berlandaskan rasa kasih dan syg kerana Allah InsyaAllah itulah cinta yg suci...Dalam memilih pasangan juga kita disarankan memilihnya berdasarkan empat perkara iaitu: Agama, Keturunan, Harta, Paras Rupa.
Namun kata org utk mendapat pasangan yg soleh/solehah kita perlu menjadi soleh/solehah terlebih dahulu...pasti keluarga yang dibina mendapat rahmat Ilahi.

No comments:

Post a Comment