Sunday, October 25, 2009

Ujian Datang Menguji Kesabaran

Salam...
Disini ingin aku coretkan sebuah kisah ats apa yg berlaku padaku hari ini
Beberapa ujian yg kuanggap begitu menguji kesabaranku..
Sememangnya seronok berkumpul sanak saudara di majlis perkahwinan sepupuku...
Paling aku nak cube elakkan pon xdpt elak, yelah kalau boleh aku segan sgt2, jumpa abang sepupuku yang pernah dikeneng2kan dengan aku, kata orang cube elakkan b'kahwin dgn sepupu...hehehe
Tidak kusangka akhirnya bertemu juga di majlis itu sebelum aku pulang...aku hanya tersenyum melihatnya...
Dalam perjalanan pulang ke rmh Angah di Bangi, kami nyaris2 accident...mungkin abg iparku terlalu penat, mujurlah Angah mengejutkan Abg ngah daripada terlanggar devider...
Setibanya aku di rmh Agh, Aku mengemaskan barang...sedang aku mengambil kain di jemuran ada yang jatuh ke rmh flat bwh...aku berfikir2, bagaimana utk mengambilnya? sukar sekali, tambahan pula aku perlu mengejar masa supaya aku tidak tertinggal bas..
Aku dihantar oleh angah ke stesyen ktm Bangi...mungkin ujian buatku, ktm tergendala hampir 1/2 jam...hanya Allah shj yg tahu perasaanku ketika itu...
Setibanya aku di hentian terakhir, tepat dgn masa tket bas di dlm dompetku...mmg aku sedih, namun bersabar dan terus bersabar, aku cuba utk tidak melatah dan berjln dgn tenang..kata org buat apa kita mengejar apa yg sememangnya kita sudah xmampu kejar...tp aku berfikir mungkin ada ikhtiar lain...aku terus ke kaunter tket dan bertanya apa yang harus aku lakukan, jwpnnya semestinya beli tket baru...aku dah lama terfkr jwpn semudah itu, aku sengaja ingin mengadu, dgn tenang aku berlalu pergi...utk ke terminal 2, aku harus menaiki bas pengantara, 2 kali aku melihat bas itu berlalu pergi meninggalkan aku, hati tidak tenang jd aku terus ke surau utk menunaikan solat...selepas bersolat aku bertanyakan miss yg cantek di sudut kaunter, ya Allah br aku sedar, aku menunggu di tempat yg slh...mmm, bijak sgguh diri ini...
Setelah smpi di terminal 2, aku membeli tket dgn riangnye wlaupon kaki dah mula sakit...huhu, nak canteklah katakan...
Sebelum menunggu bas, alhamdulillah sempat aku membeli sedikit makanan utk mengalas perut...yelah makanan kenduri tu dah mula terhadam menjelang senja...
aku menanti bas dgn hati yg senang, sedang aku mengelamun...'dik, nk blk Mlaka terus ke MC ye?' aku yg tersedar dari lamunan menganggukkan kepala beberapa kali...sambil menunjukkan seorang kanak2 perempuan saudara yg beruniform sama dgn petugas2 bas itu berkata lagi 'tlg jg adk nie ye smpi kat MC, nnti ayh dia akn ambil d MC'...Dgn hati yg terbuka aku menerimanya dan berjanji memegang amanah itu sehingga ada seorg jejaka tampan yg ign duduk di seat yg bernombor____, jd aku meminta dia bertukar tmpat dgnku...
aku dan kanak2 itu yg lebih ku kenali dgn nama Syakirah bertukar2 cerita ttg diri masing2...
Namun, kepenatan ini membuatkan aku berbual sekejap dgnnya...aku yg kelaparan berkongsi makanan dgnnya...
Sudah hampir dgn MC dia bertanya 'kak, malam ni ada bas ke Pulau/ Pantai Rombang ke Rombah' aku pon xtaw tempat tu, yela aku bukannya org Melaka tahu selok belok Melaka...aku berfikir tentulah pemandu bas mahu berehat dan tiada bas lg...dia memberitahuku dia mahu ke rumah neneknya...bermulalah kisah malang yg ign dikongsikan bersamaku...katanya dia dihalau oleh ibunya, bapa tiri memarahi dia kerana bermain 'game'.. bapanya pula pemandu bot yg ntah bila akan pulang... Daripada KL dia ke Seremban bertemu rakannya...dia terpaksa menipu saudara yg bekerja di terminal seremban 2 itu, supaya dia boleh menaiki bas, dgn mengatakan ayhnya akn mengambilnya d MC...hati ini kian risau sehingga buntu aku dibuatnya,geram pon ada...aku berkata 'sejahat manapon ibu, dia xsanggup nak halau anknye, nnti lama2 sejukla hati dia, pergi bw diri mcm ni, xde selesai pon mslh 2, kalau kena culik mcm maner?'...bayangkan budak tahun 4 sorg2 camtu kalu jumpa owg xbaek sah2 kene jual kat thai...aku bertanyakan berapa wang yg ada di tgnnya...RM1, sedih juga aku memikirkan dia...aku membawanya ke stesyen bas domestik... bas yang terakhir yang ada pon tiada tertulis seperti yg Syakirah nyatakan padaku, aku rungsing lantas aku menarik tgnnya dan meminta nasihat abgku...Aku membawanya ke pejabat urusan Trans, alhamdulillah, kakak yg bekerja disitu ign menghulurkan pertolongan...ign dihantar ke pondok polis MC, namun tiada polisnya...jd bertemu kami dgn guard di kaunter urusan MC...melihat wajahnya,yg kian sayu dan air mata yg mula bergenang sgt meruntun jiwaku...setelah lama berbincang, ada seorang lelaki yg ign menghulurkan pertolongan dan menghantar dia ke rmh neneknya....no phone ku diambil sbg saksi jika report polis dibuat...wktu tu hatiku rs lapang, aku xkisah pon jd saksi kerana aku telah dilibatkan dlm hal ini tanpa kusengajakan...aku cuma berharap dia dpt pulang ke pangkuan familynya dgn slamat...

Kisah Syakirah: Inilah perubahan bdk2 zaman skang, drastik gak dlm wat keputusan, sanggup bw diri sorg2 smpi ke tmpt org...sian jgk, broken family...ank2 jd mangsa, wat tmn2 pastikan family dilimpahi dgn kasih sayang
~Mawaddah wa Rahmah fi Usrah~

2 comments:

  1. SALAM..Timah, lelaki yang willing nak antakan budak tu mmg c0nfirm bek n bley dipercayai ke? better k0 call guy tu tanye budak tu camne..zaman skang macam2 bley jd kan..kdg2 nampak jerk baik

    ReplyDelete
  2. ala aku xder no die...tp die ade no aku..hehehe..
    aku dah xtaw citer dak tuh..tp aku percaya die sbb guard n akak kat trans tu kenal die...arap2 dak tu slamat smpi kat pangkuan family die...

    ReplyDelete