Monday, September 8, 2014

Doa Seorang Guru

Menerima beberapa pucuk surat berlagu rindu, kasih dan sayang dari seorang murid amat kuhargai. Cuma kadang-kadang sedikit xselesa. Ketahuilah tidak pernah cikgu memarahi muridnya tanpa sebab. Pastinya seorang guru itu ingin melihat masa depan anak muridnya cerah..baik dari segi akademik mahupun sukan. Padahal aku bukanlah mencurahkan ilmu kepadanya bagi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang esok. Aku hanyalah seorang jurulatih merangkap pengurus pasukan hoki sekolah. Mungkin ada sedikit sikap atau karisma yang membuatkan aku menjadi perhatiannya. Adakah aku menawan di matanya? Terima kasih cikgu ucapkan..mendapat penghargaan seperti itu, walhal aku hanyalah guru biasa sama seperti guru lain.
Cikgu tahu bahawasanya si anak murid ini pemalu orangnya...hanya warkah yang dititipkan untuk meluah rasa. Asal bertembung pasti cuba mengelak. Surat hanya dititipkan melalui orang tengah. Terasa sedikit kelakar. Gembira yer cikgu dah balas wasapp ibu kamu. InsyaAllah cikgu sentiasa mendoakan kamu agar berjaya dengan cemerlang...Ketahuilah bahawa kamu harus lebih berterima kasih kepada guru-guru yang mencurahkan ilmu bagi UPSR itu. Ape-ape pun murid-murid di sekolah ramai yang inginkan perhatian. To all UPSR candidate, best of luck from me as a teacher.

Sunday, August 31, 2014

Sebuah Poster

Masih terngiang perbualan aku dn anak buahku mlm td..ketika dalam perjalanan pulang dari rumah abg sulungku...kukira ianya hanya bualan kosong tp sedikit bermakna...
Syafiq: acik...cube tengok tu... (sambil tunjuk ke arah sebuah poster gmbr seorang lelaki bermain bola.
Aku: mmm..xhensem langsung...
Syafiq: acik ni...ish3...dahla acik tu da tue..
...sedikit tersentap...suasana sedikit hening di dalam kereta itu...aku memandang jauh ke luar tingkap persona ayhnya...memandang neon yg bergemerlapan d malam hari itu...
Tak lama kemudian...
Syafiq: xpela cik...nnti kt syurga acik dpt yg lg hensem...
Aku: amin...
Dlm hati hanya bermonolog sendiri...
Baikkah aku...layakkah aku...melangkah masuk ke syurga Ilahi...sememangnya acik harap sgt akan ada bidadara yg acik jmpa d syurga nnti...
Biarlah di dunia ini acik sendiri...kerna mati nnti acik tetap sendiri..
Sedang mengelamun sendiri...si cilik petah bicaranya lena di dalam pangkuan...si penasihat terhormat terlena menyentuh bahuku...
Sungguh acik kasih dn sygkn anak2 buah acik...cukup dengan kasih syg ini...acik sudah bahagia...acik tetap dpt anugerah terindah dengan kasih syg insan d sekeliling...
Allah knows everything dear...

Saturday, August 30, 2014

Merdeka..di sini lahirnya sebuah cinta

31 Ogos...itulah tarikh kemerdekaan rakyat Malaysia...adakah kita sudah merdeka...bebas dari penjajahan? Secara kasarnya ya...namun secara halusnya kita masih terjajah dengan segala hiburan, sukan dll...kita...hanya kita yang mampu memerdekakan diri...di sini lahirnya sebuah cinta...tema yang diangkat sempena hari kemerdekaan yang ke 57...tempat jatuh lgkn dikenang..inikn pula tempat bermain...pastinya di sini...dmana kita berpijak..lahirnya sebuah cinta...bercakap soal cinta...cukupkah kita cintakn negara dengan hanya melafazkannya...rasa cinta itu harus dijaga...keharmonian negara harus terus dipelihara...malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa...sememangnya negara yang unik...kesepaduan pelbagai etnik, hormat menghormati, sayang menyayangi harus disemai dan dipelihara...inilah Malaysia kita...jgn dicemarkan dgn perasaan hasad dengki, hilang rasa hormat antara satu sama lain dll sikap yg tidak sepatutnya...sayangi Malaysia...

Sunday, July 13, 2014

Ramadhan Al Mubaraq

Sudah separuh bulan Ramadhan menemani...Ramadhan Al-Mubaraq, Bulan Keampunan, Bulan Rahmat...syukur Alhamdulillah...jika semua tahu begitu banyak fadhilatnya semua insan mengharapkan bulan ini tidak pernah berakhir...Ramadhan usah pergi...biarkan Ramadhan sepanjang tahun. Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim). Dalam Quran terdapat banyak  ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”. 
Fasa pertengahan inilah seharusnya kita sebagai hambaNya memohon keampunan. Terkadang aku bersendirian segala memori datang kembali, betapa aku jahil dan alpa. Sememangnya iman setiap insan itu ada naik turunnya.Sukar untuk mendapatkan halawatul iman itu jika diri tidak kuat. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan sepanjang hidupku ini. Allah Maha Pengampun. Pintu Rahmat Ilahi sentiasa terbuka. Allah sayang benar pada hambaNya tapi kita sebagai hamba selalu alpa dan leka dengan keseronokan dan keindahan duniawi yang sementara. Aku bukanlah insan yang sempurna terkadang aku tumpas jua. Maafkan aku Ya Allah. Aku terus menulis sekadar ingin berkongsi rasa agar sama-sama bermuhasabah akan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan selama ini. Moga Allah mendengar akan suara kita. Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Allah ingin kita dekat denganNya, mendengar suara kita. Pada siapa lagi tempat kita mengadu dan memohon keampunan. Hanya pada Dia yang Satu. Titisan air mata untuk Allah amat berharga. Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Kuasa. Kita yang lemah ini harus sentiasa bersujud, membaca kalamullah, berdoa dan berzikir mengingatiNya. Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem.




Saturday, April 5, 2014

Hingga Hujung Nyawa


Setiap kali memandu menyusuri laluan berdekatan kubur yang hampir dengan rumah sewaku ini sentiasa mengingatkan aku tentang mati. Setiap manusia yang hidup pasti akan mati. Hidup di dunia ini hanya pinjaman sementara. Aku sedar saban waktu banyak kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan...terkadang duduk bersendirian, tiba2 air mata mengalir dari kelopak mata. Jika dengar alunan zikir di astro oasis apatah lagi. Alhamdulillah Allah berikan aku sekeping hati yang masih lembut. Namun kadang2 aku rasa aku terlalu lemah. Hanya Allah yang tahu segala-galanya. Jika semua orang tahu bila mereka akan mati, pasti mereka akan duduk berteleku, bersujud dan berdoa memohon keampunan daripada Allah. Mereka juga pasti akan menghindari maksiat dan beribadah dengan bersungguh-sungguh apabila tiba masanya menghampiri mati. Namun Allah rahsiakan tarikh ajal manusia kerana Allah ingin melihat sejauh mana ketaqwaan dan keimanan hambaNya. Begitu juga tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ya, sememangnya mengingati mati adalah satu nasihat yang terbaik untuk diri.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)
 "Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali."

Diri ini milik Allah bukan milik siapa2. Aku sepatutnya sedar yang suatu hari nanti aku akan kembali kepada pencipta. Begitu juga insan lain. Kita semua milik Allah dan akan kembali kepada Allah suatu hari nanti. Dari tanah kita dicipta dan ke dalam tanah jua kita dikuburkan. 


Seterusnya, ingin juga aku kongsikan apa yang aku perhatikan di kuburan itu. Hampir setiap pagi dan petang kelihatan seorang lelaki tua yang berseorangan duduk dikuburan. Duduk di sebalik payungnya sehingga rakan rumahku menggelarnya pakcik cendawan. Jauh di sudut hati tersentuh melihat si tua itu setia di kuburan itu. Membersihkan kubur itu, menanam pokok di atas kubur dan membaca yaasin di situ. Aku mula berfikir dan berteka teki, barangkali kubur itu milik isterinya. Inilah yang dikatakan 'Setia Hingga Hujung Nyawa'. Betapa setia si tua itu. Kadang2 sanggup berpanas dan berhujanan di kubur itu. Sayu dan pilu hati ini melihat si tua itu. Terus aku terkenangkan ayah dan ibu. Semoga Allah memanjangkan usia mereka agar aku terus dapat menatap wajah mereka dan menabur jasa buat mereka. Terlalu banyak silap dan salah aku terhadap mereka. Aku bukanlah tidak teringin duduk di samping mereka tetapi tugas membuatkan aku terpaksa berjauhan. Bukan juga aku ingin memberontak kerana suatu ketika dahulu pilihanku ditolak tetapi aku ingin terus-terusan mencari pengalaman di tempat orang. Semoga dengan pengalaman aku terus dewasa dan berfikir dengan lebih matang. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua di tangan Allah. Allah merencanakan segala-galanya. Aku pon tidak tahu bila aku akan mati, semoga aku dapat menjadi hamba yang Taat akan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Walau siapa kita di dunia ini, kita harus sedar dan berbalik kepada Allah. Allahu Akbar, Allah Maha Besar.

Wednesday, March 5, 2014

Perjalanan

Berteleku aku sendirian
Dalam kesamaran kulihat
Cahaya menerombosi
Ruang Kegelapan
Ku sedar, ku akur
Masih ada sinar cahaya
Yang bisa menyinari hidup ini

Detik waktu ku lalui
Diwarnai dengan pelangi
Pelbagai warna
Indah sekali
Ingin kuberdiri di atas pelangi
Terasa begitu indah sekali
Mewarnai hidup ini
Ingin juga kupetik bintang di langit
Ku susun bergemerlapan dengan sinarannya
Namun kupasti itu tidak bisa kudapatkan
Hanya impian tinggal impian

Jatuh bangunku tiada siapa yang peduli
Hanya Dia Maha Mengetahui
PerancanganNya lebih teliti
Kuserahkan segala-galanya...
Agar tidak ku tersungkur lagi

~sutrasafa~


Sunday, February 16, 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah





Semakin menginjak usia ini, aku lebih terbuka memperkatakan soal jodoh...dah gatal sangat nak kahwin...wehee...seronok ke kahwin...bila masuk ke gerbang perkahwinan mulalah berfikir ke arah tanggungjawab...kesediaan mental dan fizikal itu sudah ada namun calon??? sentiasa menjadi persoalan...sedang orang lain bercouple aku mampu melihat dan tidak pernah aku labelkan apa2 pada mereka...yang baik aku ambil tauladan, yang buruk aku jadikan sempadan. Sebenarnya aku amat bersyukur kerana aku tidak pernah bercouple...jika iman xcukup kuat, macam2 yang berlaku...kalau ke jinjang pelamin, Alhamdulillah mmg berjodoh dengan si dia tp jika tidak mmm Wallahualam...ya, berkawan tu memang ramai..bile difikirkan semula ada betulnya kata seorang teman lelaki yang kukenali satu ketika dulu "kita xpernah declair so lama2 pasti boleh lupa". Jadi istilah aku dan beberapa teman lelaki aku yang dulu hanya teman mesra...bila hilang kemesraan...mmm not friend anymore...teringat aku dalam satu sesi usrah yang pernah aku hadiri. Kata ustaz "tiada istilah kawan antara lelaki dan perempuan". Adanya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Allah jadikan lelaki dan perempuan itu untuk mengembangkan zuriat. Menambahkan ummat nabi Muhammad S.A.W.


“ Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami.”

Surah az-Zariat: 51


Allah menciptakan manusia secara berpasangan, lelaki dan perempuan, supaya daripada kedua-duanya dapat melahirkan keturunan. Demi tujuan ini, secara fitrah mereka dikurniakan dengan perasaan ingin dicintai, disayangi, diberi perhatian, dan memiliki kecenderungan mencintai serta memiliki pasangan hidup.


Bila memperkatakan soal jodoh, sememangnya itu rahsia Allah. Setiap insan sudah tertulis jodoh di luh mahfuz. Aku fikir Allah memang sweet sbb simpan nama pasangan dengan penuh rapi dan tiada siapa yang pernah tahu. Jodoh perlu ditunggu atau dicari? itu juga sentiasa menjadi persoalan. Aku anggap seperti rezeki. Setiap rezeki anak Adam telah ditetapkan, jika tidak dicari mana datangnya rezeki. Rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha. Jadi sama juga dengan jodoh. Ia perlu dicari. Jika tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki mana mahu dapat calonnya. Islam menganjurkan pelbagai cara seperti menggunakan orang tengah. Siapa yang tidak mahu melihat orang lain bahagia. Orang tengah sebagai pengantara dalam mencari jodoh mempertemukan dua insan dalam keadaan mengikut syariat Islam. Pilihan orang tua. Ibu dan ayah pon suruh cari sendiri....mmm tp bila nak dibawa calon banyak pula syaratnya. Ibu bapa mana yang xsayangkan anak. Kadang2 orang kata aku tidak ketemu jodoh kerana terlalu memilih tp memang perempuan juga berhak dalam memilih calon suami. Zaman yang penuh kecanggihan ni, macam2 lelaki yang ada, kadang2 takut melihat keadaan sekeliling. Untuk mempercayai insan yang bernama lelaki ajnabi itu sukar. Angan2 yang tinggi inginkan lelaki beriman, bekerjaya, baik paras rupa dan baik keturunannya. Cukup lengkap pakejnya sukar sekali. Jika diri xsebaik, secantik dan tinggi akhlak seperti Saidatina Khadijah, Aisyah dan Fatimah Rasulullah usah berangan...hehe...nasihat pada diri yang hina dina ini. Jadi setelah penat memerah otak, aku rasa pencarian calon harus diteruskan. Mungkin satu tahap nanti aku akan pasrah dan berhenti mencari. Aku perlu yakin dalm hati kun fayakun. Pasti jodoh akan ketemu suatu hari nanti. Wahai insan yang tertulis buatku, aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untukmu. Insya Allah aku takkan pernah putus asa untuk berdoa ke hadrat Ilahi agar mempertemukan aku denganmu. Akan aku terus bersabar menanti saat itu....hihi...tetibe mengeluarkan ayat2 berbunga2...yang pasti aku tahu Allah penentu segala2nya. Yang jelas mati itu sudah pasti...mempersiapkan diri untuk mendapat redha Ilahi