Sunday, September 23, 2012

Hati yang dilukai...

Melihatkan diri ini  terasa dipermainkan, terluka dan dilukai hanya kerana bait2 ayat darinya yang mana mungkin ada alasan tersendiri si dia, tidak lagi aku ingin tahu kini. Namun,  aku cuba mengingati hanya kenangan terindah yang pernah Allah pinjamkan rasa itu buatku. Biarpun hanya seketika cuma. Terima kasih ya Allah kerana memberi pengalaman ini kerana aku tahu bagaimana perasaan suka, gembira, dihargai yang mana aku selalu baca di dalam novel dan ceritera rakan-rakanku. Begitu juga dapat aku rasakan perasaan kecewa itu. Benarlah jika mengharap pada manusia tak tentu harapan itu terlaksana. Namun mengharap padaNya dan melabuhkan cinta pada yang Esa pasti kau temu bahagia akhirnya. Maka bersabarlah wahai diri.

Namun entri kali ini, aku ingin berkongsi cerita seorang insan yang kukira amat tabah. Beberapa kali disakiti, dia terus menggengam tabah. Perkenalannya dengan seorang insan yang bergelar lelaki selama 4 tahun kukira satu tempoh yang agak lama. Terlalu banyak kenangan yang dicipta dalam 4 tahun tersebut. Bahagia terasa setiap pagi. Mana tidaknya, ada yang mengucapkan 'Good morning' dan mlmnya ada pula ucapan 'Good night' belum lagi kata2 indah insan yang sedang hangat bercinta. Benar bila wujudnya perasaan yang terlalu halus itu, setiap manusia akan terbuai. Terus lagu ini bermain di mindaku:

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Allah, bercakap soal cinta. Ya sepatutnya cinta selepas nikah. Barulah terasa indahnya kan. Berbalik kepada kisah sebentar tadi. Dalam tempoh 4 tahun itu, akhirnya si teruna memberanikan diri berjumpa keluarga si gadis. Perempuan mana yang tidak gembira jika akhirnya si teruna sudi bertemu keluarga bagi menampakkan lagi hubungan antara merpati dua sejoli ini adalah di tahap yang serius. Masakan perkara nikah kahwin ini boleh dibuat mainan. Begitu juga si gadis bertemu keluarga si teruna jauh ke utara selama seminggu untuk mengenali dan menyesuaikan diri supaya kelak akan lebih erat hubungan dalam keluarga itu. Benarlah  ikatan perkahwinan itu bukan hanya antara pasangan tetapi seluruh anggota kedua-dua belah pihak. Sehingga suatu hari keluarga belah lelaki datang dengan mesra ingin mengenali keluarga perempuan. Siapa yang tidak bahagia. Perancangan antara lelaki dan perempuan itu dari urusan membeli kereta, simpanan duit untuk pertunangan dan perkahwinan dan macam2 lagi. Bagiku dari ceritanya, cukup rapi persediaan itu. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Gadis itu mendapat panggilan dari teruna menyatakan ibunya telah bertemu pasangan yang sesuai untuk si teruna. Si teruna hanya mengikut kata-kata ibunya. Biasalah syurga di telapak kaki ibu. Mahu tidak mahu si teruna perlu mengikut kata ibundanya. Alasan hanya kerana si gadis bukan 'civil workers'. Eh2, tetiba sama pula dengan pengalaman sendiri. Ya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk ank2nya. Walaupun pemikiran ibu bapa ini agak ortodoks, naluri mereka sungguh halus dan sukar dimengerti. Bila suatu hari nanti kita bakal bergelar ibu dan ayah kita akan merasainya. Namun, jika kita merasai pengalaman ini..jika kita tidak suka pasti kita tidak akan lakukan lagi terhadap anak-anak kita. Doakan yang terbaik ya. Ish2 si penulis suka benar merewang2...hehe hanya terus menulis apa yang ada di minda.

Setelah beberapa purnama lamanya, si teruna menghilangkan dan mendiamkan diri. Akhirnya sehari sebelum penikahan dengan gadis pilihan ibunya, puas si teruna merayu dan menyatakan rasa rindu dan cinta pada si gadis. Hati yang terluka dan retak, masakan boleh dicantum semula. Segala-gala yang boleh menghubungkan dan mengingatkan si gadis kepada sang teruna dihapuskan serta merta. DELETE! hampir 3 tahun juga untuk melupakan segala-galanya. Oh, lamanya. Benarlah, jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang bukan milikmu kerna kelak akan kecewa. Dengan kekuatan yang dikumpul si gadis kini hidupnya sentiasa ceria. Ya, senyum selalu baru awet muda. Jadi sahabat2 kuatkan semangat, berdoa pada yang Esa. Pengalaman mematangkan usia dan mengajar agar lebih tabah dalam melayari hidup ini.