Wednesday, October 21, 2009

SELOKA PISMP SAINS JAN O7

Burung kedidi di Tanjung Jati
Hinggap seekor di tepi paya
Dengarkan ini seloka kami
PISMP Sains yang sentiasa ceria

Aryza Kordeary bijak bestari
Dari Johor asalnya dia
Nurul Nadhrah bagaikan penyeri
Tawanya mampu memecah suasana

Gadis Kelantan kurus orangnya
Raja Nuruasmat empunya diri
Si kecil molek duduk disebelahnya
Noor Akmar Ibrahim nama diberi

Rajin membaca si ulat buku
Itulah dia Shazwani Nadiah
Dayang rupawan suaranya merdu
Norhazratul Naim namanya indah

Suka berangan tinggi ke awan
Ilham dicari itulah Fatimah
Si mawar merah cantik rupawan
Senyuman nan ayu itulah Hidayah

Berlesung pipit manis orangnya
Princess Alia ukiran pena
Nur Hazwani pula tegar orangnya
Semangat juang itulah dia

Comel sungguh bagai dikata
Baik hati Nor Shamimah namanya
Cantik sungguh pandangan mata
Noor Yuhana pula 'cool' orangnya

Ringan mulut, lantang bersuara
Rabiatul Adawiah penyeri suasana
Ramziah Zulkifli bergelak ketawa
'Comic' dan 'movie' teman setia

Farah Wahida 'perfectionist' orangnya
Bila bekerja tak mahu diganggu
Azuanurhuda 'berkaliber' orangnya
Sibuk berurusan setiap waktu

Nurliyana Noradzman puteri bongsu
Lemah lembut, halus suaranya
Shazana Saberi gadis pemalu
Di Kuala Kubu tempat tinggalnya

Najlaa Fatin cantik orangnya
Peramah dan mesra menarik hati
Noor Hayana pula penyayang orangnya
Novel dibaca menyentuh hati

Petik kecapi di tengah dusun
Paluan gendang rentak senada
Sepuluh jari ingin kususun
Memohon maaf menyisip kata

Di pohon ketapang, sarang tempua
Salam sayang buat semua...

2 comments:

  1. timahhhh..sy sgt3 suka yg ini.. :)
    keep on writing babe ;)

    ReplyDelete
  2. Yeah...lala syg
    thanks 4 ur support...
    :)

    ReplyDelete