Thursday, November 29, 2012

Kenangan masa silam

Mengapa manusia perlu mengingati masa silam...pabila dihimpit masa silam, segalanya nampak kelam...masa silam yang ingin dikongsikan di sini adalah masa silam yg penuh kesedihan dan kekecewaan. Perlukah kita hidup dalam kenangan dan angan2...berpijak di dunia realiti dan tinggalkan masa lalu. Apa yang berlaku jadikan pedoman dan panduan untuk melayari hidup pada masa hadapan. Kebahagiaan pasti akan ditemui di setiap perjalanan. Ingatlah Allah bersama orang2 yg sabar. Sememangnya awalan sabar itu pahit tp manisnya akan ditemui di akhir perjalanan nanti. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan. Jangan sesekali kita menjadi insan yang kufur nikmat. Masya-Allah...maafkan aku, sesekali aku terleka ingatkan aku kembali ya Allah. Semoga aku berada di landasanMu ya Allah. Aku hanya mendambakan kasih sayangMu. Sememangnya aku tidak nmpk Kamu, tp Kau ya Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Agung. Allahuakbar. Berikan ketenangan jiwa, smoga aku dapat merasa kasih sygMu itu. Sungguh aku hanya insan yang lemah, bantulah aku. Ku percaya Kau sentiasa disisiku. Jadi tinggalkan segala kekecewaan dan kesedihan. Aku pilih untuk hidup bahagia. Berbahagialah di dunia dan di akhirat. Ikuti suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Setiap insan berhak mengecapi kebahagiaan. Be positif and strive for our success. May Allah bless us :)

Tuesday, October 9, 2012

Rapuhnya Institusi Kekeluargaan

Entry kali ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi melihatkan keadaan sekeliling membuatkan jari-jemari ini terus terusan menekan papan kekunci ini. Usrah iaitu keluarga suatu institusi yang amat penting dalam pembangunan Islam. Bermula dari diri individu muslim itu wujudnya baitul muslim. Sepertimana dalam firman Allah dlm surah Annur :26, maksudnya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Untuk mewujudkan baitul muslim itu bukanlah proses setahun dua tp proses yang mengambil masa bepuluh-puluh tahun. Jadi seseorang muslim itu perlu mendidik diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. InsyaAllah pasangan yg akn ditentukan adalah yang baik juga. Maka wujudnya sebuah baitul muslim yg hebat.
Namun melihatkan insan yang amat baik tetapi memperoleh pasangan yang tidak baik. Bagiku mungkin itu adalah ujian dari Allah yg Maha Esa. Oleh itu, jgn menyalahkan takdir dan menyatakan bahawa Allah itu tidak Adil. Allah Maha Adil. Allah memberikan ujian itu setimpal dengan apa yg mampu ditanggung oleh seseorang itu. Oleh itu, bersabarlah dan yakin dengan janji-janjinya. Berdoa kepada Allah.
Mendengar di kawasan kejiranan, sepasang suami isteri bertengkar, bertikam lidah dan membaling barangan ibarat hampir gempa bumi dibuatnya membuatkan aku menggelengkan kepala sahaja. Terus aku berfikir betapa rapuhnya institusi kekeluargaan. Bagi aku jika tidak mampu berlaku adil. Usahlah berpoligami.
Allah telah berfirman:
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Ini memang tidak boleh disangkal.  Lelaki itu boleh berkahwin lebih dari satu. Ini adalah supaya terhindarnya maksiat dan fitnah di muka bumi ini.  Namun, bagi pendapatku jika tidak berlaku adil apa gunanya berkahwin lebih daripada satu. Aku sebagai perempuan bukan menyangkal hak berpoligami ini tetapi lelaki harus sedar bahawa hati wanita itu selembut kapas. Hati wanita mana yang tidak terusik jika dimadukan. Siapa yang sanggup berkongsi kasih. Mungkin itu yang dirasai oleh jiranku yang hanya aku terdengar terpekik terlolong, pung pang2 ngn suaminya yang sudah memadukannya. Madu itu manis kan tp bermadu itu perit macam hempedu...hihi ckp macam ade pengalaman. Oh, tidak! aku hanya bercakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman insan lain.
Perbalahan itu bukan sekali yang aku dapat saksikan tetapi hampir setiap kali si suami pulang ke rumah. bila si ibu dan si ayah bergaduh, pernahkah mereka terfikir anak-anak yang makin membesar dan menginjak usia itu. Tidakkah emosi mereka terganggu? makin lama aku sedikit sebanyak dipengaruhi dengan mentaliti bahawa membina sebuah keluarga itu satu tanggungjwb yg besar dan amat menakutkan...ngeri...
Namun, sesekali melihat sepasang suami isteri yg sudah berusia berjalan berpegangan tangan membuatkan aku tersenyum. Aku mula terfikir apakah rahsia rumahtangga pasangan ini yang membuatkan mereka berkekalan hingga kini...sweet je tengok. Pasti mawaddah wa rahmah fi usrah itu sentiasa ada.
Melihatkan pengalaman insan di sekeliling banyak mengajar aku. Insya-Allah yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.




Sunday, September 23, 2012

Hati yang dilukai...

Melihatkan diri ini  terasa dipermainkan, terluka dan dilukai hanya kerana bait2 ayat darinya yang mana mungkin ada alasan tersendiri si dia, tidak lagi aku ingin tahu kini. Namun,  aku cuba mengingati hanya kenangan terindah yang pernah Allah pinjamkan rasa itu buatku. Biarpun hanya seketika cuma. Terima kasih ya Allah kerana memberi pengalaman ini kerana aku tahu bagaimana perasaan suka, gembira, dihargai yang mana aku selalu baca di dalam novel dan ceritera rakan-rakanku. Begitu juga dapat aku rasakan perasaan kecewa itu. Benarlah jika mengharap pada manusia tak tentu harapan itu terlaksana. Namun mengharap padaNya dan melabuhkan cinta pada yang Esa pasti kau temu bahagia akhirnya. Maka bersabarlah wahai diri.

Namun entri kali ini, aku ingin berkongsi cerita seorang insan yang kukira amat tabah. Beberapa kali disakiti, dia terus menggengam tabah. Perkenalannya dengan seorang insan yang bergelar lelaki selama 4 tahun kukira satu tempoh yang agak lama. Terlalu banyak kenangan yang dicipta dalam 4 tahun tersebut. Bahagia terasa setiap pagi. Mana tidaknya, ada yang mengucapkan 'Good morning' dan mlmnya ada pula ucapan 'Good night' belum lagi kata2 indah insan yang sedang hangat bercinta. Benar bila wujudnya perasaan yang terlalu halus itu, setiap manusia akan terbuai. Terus lagu ini bermain di mindaku:

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Allah, bercakap soal cinta. Ya sepatutnya cinta selepas nikah. Barulah terasa indahnya kan. Berbalik kepada kisah sebentar tadi. Dalam tempoh 4 tahun itu, akhirnya si teruna memberanikan diri berjumpa keluarga si gadis. Perempuan mana yang tidak gembira jika akhirnya si teruna sudi bertemu keluarga bagi menampakkan lagi hubungan antara merpati dua sejoli ini adalah di tahap yang serius. Masakan perkara nikah kahwin ini boleh dibuat mainan. Begitu juga si gadis bertemu keluarga si teruna jauh ke utara selama seminggu untuk mengenali dan menyesuaikan diri supaya kelak akan lebih erat hubungan dalam keluarga itu. Benarlah  ikatan perkahwinan itu bukan hanya antara pasangan tetapi seluruh anggota kedua-dua belah pihak. Sehingga suatu hari keluarga belah lelaki datang dengan mesra ingin mengenali keluarga perempuan. Siapa yang tidak bahagia. Perancangan antara lelaki dan perempuan itu dari urusan membeli kereta, simpanan duit untuk pertunangan dan perkahwinan dan macam2 lagi. Bagiku dari ceritanya, cukup rapi persediaan itu. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Gadis itu mendapat panggilan dari teruna menyatakan ibunya telah bertemu pasangan yang sesuai untuk si teruna. Si teruna hanya mengikut kata-kata ibunya. Biasalah syurga di telapak kaki ibu. Mahu tidak mahu si teruna perlu mengikut kata ibundanya. Alasan hanya kerana si gadis bukan 'civil workers'. Eh2, tetiba sama pula dengan pengalaman sendiri. Ya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk ank2nya. Walaupun pemikiran ibu bapa ini agak ortodoks, naluri mereka sungguh halus dan sukar dimengerti. Bila suatu hari nanti kita bakal bergelar ibu dan ayah kita akan merasainya. Namun, jika kita merasai pengalaman ini..jika kita tidak suka pasti kita tidak akan lakukan lagi terhadap anak-anak kita. Doakan yang terbaik ya. Ish2 si penulis suka benar merewang2...hehe hanya terus menulis apa yang ada di minda.

Setelah beberapa purnama lamanya, si teruna menghilangkan dan mendiamkan diri. Akhirnya sehari sebelum penikahan dengan gadis pilihan ibunya, puas si teruna merayu dan menyatakan rasa rindu dan cinta pada si gadis. Hati yang terluka dan retak, masakan boleh dicantum semula. Segala-gala yang boleh menghubungkan dan mengingatkan si gadis kepada sang teruna dihapuskan serta merta. DELETE! hampir 3 tahun juga untuk melupakan segala-galanya. Oh, lamanya. Benarlah, jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang bukan milikmu kerna kelak akan kecewa. Dengan kekuatan yang dikumpul si gadis kini hidupnya sentiasa ceria. Ya, senyum selalu baru awet muda. Jadi sahabat2 kuatkan semangat, berdoa pada yang Esa. Pengalaman mematangkan usia dan mengajar agar lebih tabah dalam melayari hidup ini.

Friday, August 24, 2012

Apabila Anda...


Apabila semuanya serba tidak kena dan anda tidak tahu lagi yang hendak dibuat, ingatlah anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.


  • Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia yang memberi cahaya.
  • Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil.
  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia yang melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup
  • Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
  • Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dan kesempitan, ingatlah Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.
  • Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia...satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
  • Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
~Khairul Zaadut Taqwa Ila Allah~
~La Tahzan Inna Allah ha Maa' na~



Thursday, August 23, 2012

Allah tahu apa yang terbaik


Kadang-kadang kita selalu mengimpikan sesuatu yang bahagia...kita selalu meminta dan terus meminta tanpa henti. Namun bila Allah tak perkenankan doa kita. Kita mula putus harap ngan Yang Maha Esa. Berkatalah pada diri "setiap yang berlaku ada hikmahnya". Allah Maha Adil. Kalau nak diikutkan sudah banyak nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan. Jadilah insan yang bersyukur. Usahlah hanya kerana satu hasrat yang tidak kesampaian, kita jadi lemah. Jika jatuh bangunlah kembali. Lihatlah di sekeliling, masih ramai yang menyayangi. Kasih sayang yang Allah beri terlalu banyak. Sapulah air mata dan berilah mereka senyuman. Allah mahu beri yang lebih baik barangkali. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Semarakkanlah hari-hari yang dilalui dengan penuh rasa bahagia. Tenang dan tabahlah dalam menghadapi ujian dan ketentuan Ilahi. Inna Allah ha Maa' Sobirin. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. InsyaAllah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Dekatkan diri dengan Allah, suburkanlah rasa cinta padaNya. Pasti Allah hidupkan rasa kasih dan sayang pada kita agar kita terus rasa bahagia.
"Ya Allah sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgaMu dan tidak sanggup pula menghadapi api nerakaMu, terima taubatku dan ampunkan dosa-dosa ku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar".

Friday, July 13, 2012

Mengukir bahagia di dada langit

Ingin skali kuukir bahagia...
bahagia yang  tak pasti aku kecapi
namun tidak pernah aku berhenti
mengharap dari Dia yang satu
hanya Cintaku itu bisa mendengar
apa yang kurasa tiada siapa peduli
biar menghilang dalam kelam
biar menghilang dalam sesak
biar menghilang dan terus menghilang
aku tetap menanti penuh harapan

Kuukir bahagia di dada langit
sebuah mimpi yang begitu indah
yang sentiasa terpalit di jiwa ini
biar dikata aku gila
biar dikata aku sasau
tapi benar hanya ku mampu lakukan itu
mengukir terus rasa bahagia

Langit membiru penuh kedamaian
membuat hati ini terus berlagu
tenang sungguh terasa
melihat terus ke dada langit
yang terbentang indah...indah skali
ingin kuukirkan terus bahagia disitu

CiptaanNya yang sungguh indah
terus ku pandang penuh damai
penuh rasa syukur pada Nya
kukecapi segala nikmat dunia
dunia yang hanya sementara
indah sekali di pandangan mata
melihat segala kekuasaan yang Maha Esa

Biar cuaca berubah-rubah
siang malam silih berganti
hujan panas adalah anugerah
bahagia yang kuukir
terlakar indah di langit...
kuharap ia masih di situ
agar esok lusa ku pandang terus...
ke dada langit ciptaanNya
bahagia itu masih di situ

Saban waktu ujian mendatang
hikmah tersembunyi penuh misteri
perlu sentiasa kuyakini
bahawa janji Allah itu pasti
kerna itu...
aku terus melakar bahagia
di dada langit yang luas membiru

safa
6.03 p.m
13/7/2012




Tuesday, March 13, 2012

Kasih Tidak Bertepi


Menyusuri hidup ini
Beberapa waktu dan ketika
Begitu aku mengharap kasih
Kekasih yg amat aku cintai
Rindu benar rasanya...
Bukan ibarat pungguk rindukan bulan
Bukan juga ibarat Laila dan Majnun
Rinduku kini...
Hanya pada kasih yg tidak bertepi

Tangan-tangan itu terus memegang erat
Jari-jemari ini tidak dilepaskan
Terus diri ini jatuh dalam dakapan
Terngiang2 di telinga kecilku
Penuh lembut tutur bicaranya
Membisikkan kata syahdu
Mengharap agar diri ini...
Terus-terusan menggenggam tabah
Jika tersungkur bisaku bangun kembali

Terus aku menongkah arus hidup ini
Seketika terpesong jua akhirnya
Tangan-tangan itu jua...
Menarikku kembali dan menyedarkan aku
Dari khayalan yang kononnya indah belaka
Berdiri kukini di alam yang nyata
Sungguh...
Tegas tutur bicaranya
Nasihatnya penuh hikmah
Mengajarku erti hidup
Membimbingku ke jalanNya

Peluh keringat membasahi baju
Menyediakn semua, menyempurnakan segala
Mengurus terkadang terkocoh jua
Hanya yang terbaik buat semua
Tiada keluh kesah kedengaran
Senyuman di bibir terukir sentiasa
Kasih terus-terusan dicurah
Buat permata hati, anugerah Ilahi...

Terima kasih ayah dan bonda
Buat kasih yang tidak bertepi ini..

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya...dan lindungilah mereka..Amin ya Rabbal A'lamin..."

SYUKUR YA ILAHI..penciptaku yg Maha Agung...
SAYANG MAK & AYAH...thanks sbb lahirkan saya dan beri peluang kepada saya mengecapi hidup ini...