Saturday, August 28, 2021

Ep2: Placenta previa, Aku dan kandunganku

Alhamdulillah kupanjatkan pada Ilahi, kini bayiku telah berumur 5 bulan. Masih terkenang daku berada di wad 3-2 hampir sebulan lebih. Aku melalui hari2 di wad menyaksikan adanya bayi yang baru lahir di bilik yang kudiami hampir setiap hari. Ada yang Allah permudahkan urusan ibu2 untuk bersalin normal. Kebanyakkannye bersalin secara ceaser sbb klu bole normal tggu kt pac...lpas bersalin klu ibu dan bayi ok esoknya dah boleh pulang ke rumah. Kawan sebilik pon bersilih ganti. Paling sayu melihat ibu dan bayi boleh pulang. Sepatutnya aku tumpang gembira. Mungkin aku yang lama di wad yang menyebabkan hati tu sayu je. Setiap hari juga aku didatangi pakar bertanyakan khabar. Memastikan tiada lagi berlaku pendarahan. Sungguh aku tak banyak bergerak seperti yang disarankan kecuali membantu rakan2 yang baru bersalin mana yang termampu. Maklumla pkp tiada suami atau keluarga yang menemani. Rakan2 di wad la yang boleh membantu tambah2 kalau kesan bius pd ibu2 yg bersalin ceaser masih ade. Bdn masih lemah, baby di sebelah menangis. Sungguh empati rasanya. Hari ini kita mudahkan urusan orang lain insyaAllah nanti urusan kita pon dipermudahkan. Paling aku ingat rakan sebilikku M. Teman paling lama di wad. Seronok menikmati masa makan dan berbual. Setiap kali kami mendengar troli makanan ditolak, kami bersiap2 sambil ketawa. Itu sahaja hiburan kami. Namun seminggu sebelum aku bersalin, dia dibenarkan pulang sebab bacaan air ketuban kembali normal. Sungguh die berusaha untuk naikkan air ketuban. Berkesan dengan meminum air kelapa yang berjaya diseludup masuk dibawa oleh ahli keluarganya. Jadi sesiapa yang kurang air ketuban ketika hamil bolehla berikhtiar dengan meminum air kelapa. Kembali kepada kes yang aku hadapi placenta previa, setelah discan semula kembali ke pp type 2. Puas sudah aku berharap boleh bersalin normal namun, pakar sudah menetapkan tarikh untuk aku bersalin secara ceaser. Masih aku ingati tarikh yg bersejarah ini. 8.3.2021- kelahiran bayi keduaku secara ceaser. 2 minggu sebelum pembedahan aku berjumpa pakar bius. Aku ditolak dengan wheel chair oleh nurse yang ditugaskan kerana keadaan aku yg mengalami placenta previa. Seronok betul hati dapat keluar wad tengok pemandangan luar je pon. Aku dimaklumkan oleh pakar bius akan kesan2 bius. Masa tu banyak jugakla yang ditanya walaupun sudah tau keadaan rakan2 bilik yg sudah bersalin secara ceaser. Hati ni galau je. 3 hari sebelum masuk ke dewan bedah, aku jalani ujian swab pcr. Alhamdulillah negatif. Aku menanti dengan penuh debaran. Sehari sebelum aku discan semula oleh pakar. Pakar itu adalah adik kepada kenalanku yang sama berkhidmat suatu ketika dulu. Setelah ultra sound semua, dia memaklumkan ketua jabatan yang ingin mengetuai pembedahan ku esok. Aku menerimanya dengan redha yang aku perlu bersalin secara ceaser. Nurse sudah mengingatkan untuk aku berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Menyiapkan aku dengan branula. Menyediakan pakaian untuk aku jalani pembedahan hari esoknya. Aku trus2 berdoa agar segalanya dipermudahkan. Esoknya memang akulah orang yang pertama dijadualkan untuk ceaser. Tangan jangan nak kata sejuk rasa belum masuk dewan bedah lagi. Aku bersiap baring di ats katil yang diusung hingga ke dewan bedah. Aku menunggu di ruangan menunggu. Kemudian dibawa ke dewan bedah. Aku dipindahkan ke atas katil. Aku mule menggigil. Betul2 sejuk bilik bedah tu. Aku diarahkan duduk memegang bantal. Terasa satu suntikan di belakangku. Kemudian aku hanya mengikut arahan sehingga aku selesai dibius. Setelah selesai dibius aku baring semula, aku memang tidak boleh menggerakkan kakiku. Benar bius itu berkesan, kmudian kedengaran suara ketua jabatan yang semua org panggil 'datuk'. Aku kenal betul suara itu sebab  di pac dan wad rajin die melihat pesakitnya. Aku yang menggigil diberikan warmer. Branula dicucuk lagi di sebelah lain. Wayar dipasang sana sini. Aku hanya melihat dan mendengar. Kain hijau diletakkan menghalang aku untuk melihat apa yang berlaku. Hanya kedengaran peralatan logam untuk pembedahan tung tang dan sentuhan di perutku. Benar tiada langsung rasa sakit seperti contraction. Sedar2 aku melihat jam di dinding 8.30 pagi dan kedengaran tangisan bayi. Ada nurse yang membawa bayiku ke arahku. Nurse tersebut menunjukkan jantina bayiku. Aku dibenarkan mencium pipi bayiku. Sungguh syukur kupanjatkan pada Allah, bayiku selamat dilahirkan.Kemudian bayiku dibawa ke nicu. Aku dibawa keluar dari bilik bedah dan diletakkan di ruang pemulihan. Sungguh aku tidak boleh menggerakkan kakiku..terasa berat. Kedengaran nurse diruangan itu bersuara 'puan perlu gerakkan kaki, kalau tidak puan tak bole naik ke wad'. Lama juga aku disitu sehingga aku boleh menggerakkan jari2 kakiku dan angkat sedikit kakiku. Aku dibawa ke wad. Kesan bius itu benar2 buat kepala aku pening. Berapa kali aku muntah xterkira sudah. Apabila suamiku dibenarkan naik mengambil uri sempatla aku berbual dengannya namun kepala ku masih pusing. Aku berehat sampaila pagi esoknya bru aku boleh berjalan sendiri ke tandas. Hari ke 3 selepas pembedahan aku dibenarkan discharge tanpa baby. Sedih juga tp apakan daya aku tahu gbs carrier seperti ku ini. Inilah yg dihadapku. Menanti baby boleh discharge dari nicu. Aku dibenarkan melawat anakku di nicu. Aku meninggalkan wad 3-2 dengan mengucapkan terima kasih kepada semua jururawat. Sungguh mulia hati mereka. Suamiku menghantar aku ke nicu dengan wheel chair. Aku masuk melihat bayiku dan menyusukannya. Sungguh bahagia dapat menyusukannya. Aku pulang malam itu dijemput suami dan anak sulungku. Gembira hati ini. Anak sulungku sebelumnya terbiasa duduk dipangku dinasihatkan ayahnya duduk di seat belakang kerana keadaan ku yg bru shj dibedah. Keesokkan hari bru anak keduaku dibenarkan pulang. Gembira hatiku menjemput pulang bayi keduaku. Sedikit coretan pengalamanku. Aku bahgia punya dua puteri kini. Moga diberi kesihatan yang baik melihat puteri2 ku membesar dengan sihat dan kuat. insyaAllah.