Friday, January 29, 2010

Hasad dengki penyakit hati




Baru2 nie terbaca sebuah ruangan kat blog hamba Allah nie...
Terpanggil daku untuk berkongsi sedikit ilmu...
Ilmu itu bukan milik kita, Ia milik Ilahi
Kongsikan ilmu dengan yang lain (BAW)...
Mungkin kdg2 kita tidak sedar penyakit hati ini terjadi ke atas hati kita....
FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.
Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.
2) Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.
3) Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.
4) Ujub
Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa ta’jub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-
“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”
Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang Berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.
7) Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehinhamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.
Inilah penyakit hati yang mungkin menular ke dalam diri...aku amat berharap agar penyakit hati ini dapat dijauhi dan semoga daku dapat mengubatinya...teringat daku ketika menghadiri sebuah majlis ilmu, penyakit hati haruslah dijauhi dan dihindari, sentiasa sucikan hati dengan zikrullah dan kalamullah...
Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : “ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “.

Sunday, January 3, 2010

Berfikir lebih baik dari bnyk bercakap



Kata seorang tua yang ditemui ada benarnya iaitu "berfikir lebih baik dari bnyk bercakap'. bila difikir kembali tentulah fikirkan tentang diri sendiri dalam erti kata yang mudah bermuhasabah tentunya lebih baik dari banyak bercakap hal yang sia sia.
Ingin ku kongsikan disini bahawa bila direnung ke dalam diri, banyak perubahan yang berlaku tika diri ini menginjak usia...kadang2 pernah kuterfikir untuk mencari diriku...maksud aku di sini, mungkin kadang2 aku terlalu seronok dengan keseronokan dunia yang hanya pinjaman sementara.
Kini, aku bertekad dan mengorak langkah untuk berubah sedikit demi sedikit setelah melihat artikel 'Dosa jangan dianggap kecil'. Sememangnya kata orang,  kita tidak seharusnya menganggap dosa yang kita lakukan seharian dianggap remeh. Itulah perlunya muhasabah diri supaya kita mampu melihat dan merenung ke dalam diri, jika kesalahan mahupun dosa yang dilakukan haruslah dikesali seterusnya kita tidak akan mengulangi.
Aku sedar menginjak usia ini, banyak yang aku fikirkan, jika aku tidak berubah sampai bila begini. Sememangnya, pengalaman mematangkan usia. Aku sentiasa mengharapkan halawatul iman iaitu kemanisan iman, jika iman ku sekejap naik dan turun, mampukah aku mencapainya. Entahlah, aku yang harus berubah, mmg benar Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubahnya.
Aku juga mengakui benar kata-kata adikku "Kekuatan itu tidak perlu ditunggu namun kita sendiri yang harus membinanya"....