Hidup ini satu perjalanan yang
panjang. Tidak kutahu di mana pengakhirannya kerana bukan sahaja kita semua
punya kehidupan di dunia tapi punya kehidupan di akhirat sana. Saat semua
berlumba-lumba mencari kebahgiaan dan ketenangan, aku hanya menjadi pemerhati
kerna aku tidak pasti di mana kutemui kebahgiaan dan ketenangan itu. Seringkali
aku ingin cari ketenangan dan kebahgiaan itu ibarat mencari mutiara di dasar
lautan Jauh ke dasar lautan namun tidak aku temui. Benarkah aku sudah cukup
bahagia? Kerna persoalan ini seringkali menerpa tatkala aku sendirian. Mungkin
saat ini Allah ingin menyapa hati yang sunyi ini. Mengharap hambaNya berbicara
denganNya.
Kadang-kadang emosi yang halus
ini terusik melihat kebahgiaan orang lain. Melihat pasangan punyai anak kecil
comel sedang berlari. Teringin jua merasa pengalaman itu. Punyai keluarga yang
bahagia. Namun segalanya itu rezeki dari Allah. Mungkin itu akan aku kecapi
suatu hari nanti. Saat kesunyian inilah aku ingin seseorang yang boleh
mendengar aku bercerita. Cerita yang sanggup didengari tanpa rasa keluhan dan
setia mendengarnya. Seseorang yang boleh memberi aku semangat untuk terus hidup
dengan gembira. Ingin sekali aku merasai rasa gembira yang pernah bertandang
suatu ketika dulu. Punyai rakan-rakan yang mengisi kesunyian ini. Punyai teman
yang boleh berkongsi rasa dan perasaan. Adakah itu kebahgiaan yang aku cari.
Sedangkan rakan datang dan pergi. Ingin sekali aku bersama keluargaku. Ayah,
mak dan adik beradik yang lain. Namun, adik beradikku juga punyai keluarga
masing-masing. Mungkin saat dan peluang ini kukira harus kuambil untuk menjaga
kedua orang tuaku. Namun, jauh di sudut hati risau, risau sekali aku bakal
menyusahkan mereka. Aku ambil keputusan untuk terus merantau. Namun, tidak pula
ketemu rasa bahgia itu kerna kesunyian itu terlebih dahulu menyapa membuatkan
aku sepi, sepi sekali.
Ya Allah, aku berharap rasa
cintaku terhadapMu dapat mengisi kesepian dan kesunyian ini.
Coretan seorang insan sepi