Tuesday, October 9, 2012

Rapuhnya Institusi Kekeluargaan

Entry kali ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi melihatkan keadaan sekeliling membuatkan jari-jemari ini terus terusan menekan papan kekunci ini. Usrah iaitu keluarga suatu institusi yang amat penting dalam pembangunan Islam. Bermula dari diri individu muslim itu wujudnya baitul muslim. Sepertimana dalam firman Allah dlm surah Annur :26, maksudnya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Untuk mewujudkan baitul muslim itu bukanlah proses setahun dua tp proses yang mengambil masa bepuluh-puluh tahun. Jadi seseorang muslim itu perlu mendidik diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. InsyaAllah pasangan yg akn ditentukan adalah yang baik juga. Maka wujudnya sebuah baitul muslim yg hebat.
Namun melihatkan insan yang amat baik tetapi memperoleh pasangan yang tidak baik. Bagiku mungkin itu adalah ujian dari Allah yg Maha Esa. Oleh itu, jgn menyalahkan takdir dan menyatakan bahawa Allah itu tidak Adil. Allah Maha Adil. Allah memberikan ujian itu setimpal dengan apa yg mampu ditanggung oleh seseorang itu. Oleh itu, bersabarlah dan yakin dengan janji-janjinya. Berdoa kepada Allah.
Mendengar di kawasan kejiranan, sepasang suami isteri bertengkar, bertikam lidah dan membaling barangan ibarat hampir gempa bumi dibuatnya membuatkan aku menggelengkan kepala sahaja. Terus aku berfikir betapa rapuhnya institusi kekeluargaan. Bagi aku jika tidak mampu berlaku adil. Usahlah berpoligami.
Allah telah berfirman:
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Ini memang tidak boleh disangkal.  Lelaki itu boleh berkahwin lebih dari satu. Ini adalah supaya terhindarnya maksiat dan fitnah di muka bumi ini.  Namun, bagi pendapatku jika tidak berlaku adil apa gunanya berkahwin lebih daripada satu. Aku sebagai perempuan bukan menyangkal hak berpoligami ini tetapi lelaki harus sedar bahawa hati wanita itu selembut kapas. Hati wanita mana yang tidak terusik jika dimadukan. Siapa yang sanggup berkongsi kasih. Mungkin itu yang dirasai oleh jiranku yang hanya aku terdengar terpekik terlolong, pung pang2 ngn suaminya yang sudah memadukannya. Madu itu manis kan tp bermadu itu perit macam hempedu...hihi ckp macam ade pengalaman. Oh, tidak! aku hanya bercakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman insan lain.
Perbalahan itu bukan sekali yang aku dapat saksikan tetapi hampir setiap kali si suami pulang ke rumah. bila si ibu dan si ayah bergaduh, pernahkah mereka terfikir anak-anak yang makin membesar dan menginjak usia itu. Tidakkah emosi mereka terganggu? makin lama aku sedikit sebanyak dipengaruhi dengan mentaliti bahawa membina sebuah keluarga itu satu tanggungjwb yg besar dan amat menakutkan...ngeri...
Namun, sesekali melihat sepasang suami isteri yg sudah berusia berjalan berpegangan tangan membuatkan aku tersenyum. Aku mula terfikir apakah rahsia rumahtangga pasangan ini yang membuatkan mereka berkekalan hingga kini...sweet je tengok. Pasti mawaddah wa rahmah fi usrah itu sentiasa ada.
Melihatkan pengalaman insan di sekeliling banyak mengajar aku. Insya-Allah yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.