Wednesday, April 14, 2010

Ujian datang ada hikmahnya

Kadang-kadang kita tidak sedar ujian yang datang ada sebabnya..
Sememangnya Allah datangkan ujian kepada hambaNya kerana bersesuaian dengan kemampuan hambaNya dalam menangani ujian tersebut...Namun, sebagai manusia yang alpa, aku sedar aku selalu merungut dengan ujian yang mendatang dan membuatkan fikiranku serabut...Inikah sikap seorang insan yang berilmu..kusedar ku harus berusaha untuk berhadapan dengan apa juga rintangan, mungkin benar aku perlu lihat di suatu sudut kepayahan insan lain..Ujian yang besar seperti kematian, sakit, miskin, peperangan dan lain-lain..bukankah hal seperti itu yang sepatutnya diratap hiba...namun, ada antara mereka percaya dengan yakin, kalau berusaha ada jalannya..Dia yang Maha Mendengar, usaha plus tawakal itukan satu kejayaan...
namun, aku juga terfikir pabila di saat seorang insan ditimpa ujian, Allah yang Maha Satu adalah tempat pengaduan...Ini menunjukkan seseorang itu mula jauh dariNya. Oleh itu, dengan ujian yang diberikanNya mampu mendekatkan diri kepadaNya...Itu tandanya Allah masih sayangkan kita
Aku harus bangkit, kuatkan hati...dekatkan diri denganNya, moga-moga sinar harapan dan kegembiraan mewarnai hidup....
Be Strong -cahiyok2, hwaiting!!!-
I hope so...