Thursday, April 23, 2009

MURID-MURIDKU SAYANG


Ni lah murid-murid aku di SK Peringgit. Dak nakal yang datang rumah aku xde plak kat sini...
Tp ade gak yang datang rumah ade dalam pic. ni. Yang membuatkan aku terharu dorg kasi cawan yang cute, tali pooh yang gantung kat hp, key chain dan mcm2 lg. Paling best dorg bg brg2 kaler purple sampai bunge telur dan beg dr rmh pengantin kaler purple pon kasi. Klakar dan comel betul murid-murid aku nie.

Sunday, April 19, 2009

PENGALAMAN YG MENAKUTKAN SELEPAS BERAKHIR SESI PRAKTIKUM

Sebelum ni rs nak penuhkan blog nie ngan karya2 jer..
tp skang nak coretkan juga pengalaman nie...yela i'm sure xramai yang ader pengalaman nie...
Berakhirnya sesi praktikum membuatkan kite rindukan murid-murid kite kat skull...
Begitu juga aku, seorang bakal guru yang rindukan murid-murid di skolah dimana ditempatkan untuk praktikum walaupun hanya sebulan.

Pada suatu pagi sedang sibuk aku menjaga corner chapteh, aku mendapat panggilan daripada muridku 'Ckg, ckg kat mane? xde org pon kat rmh? kami datang nie'. Aku rasa terharu plak bila mereka datang. Aku hanya mengatakan yang aku sedang sibuk di maktab. Mereka berkata lagi 'ckg, esok pukul 10 boleh kami datang?'. Mengenangkan aku yang kini sibuk dengan assignment mahu sahaja mengatakan x boleh. Mendengar kesungguhan mereka, lalu aku dengan rela hati mengalukan kedatangan mereka. Yelah kater org kedatangan tetamu tu bawa rahmat. Pada malam hari pula aku menerima panggilan telefon lagi 'Ckg, kami nak dtg juga..pukul 1 ye ckg'... ha nak datang tengah hari, waktu org lunch tu...penin pala aku dibuatnya. Aku meminta mereka datang pada pukul 5...

Murid yang datang pada pukul 10 bolehla dikatakan menjaga tingkah laku. Tiba-tiba yang nak dtg pukul 1 tu mmg nekad nak dtg pukul 1...so aku menyediakan sesuatu untuk mereka. Dengan penuh kasih, aku masakkan bihun hailam...kedatangan mereka kusambut penuh mesra. Begitu juga teman-teman serumahku. Aku begitu berterima kasih buat teman serumahku yang turut melayani kerenah mereka. Selepas makan dan berbual, aku ingatkan mereka akan pulang. Namun sangkaan aku meleset. Mereka berjalan sana sini dan maen game dalam tempoh mase yang agak lama. Jadi aku cuba nasihatkan agar memilih masa yang sesuai untuk melawat orang dan peruntukkan masa yang sesuai untuk melawat. Namun, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lama kelamaan aku berasa mengantuk. Kebisingan mereka membuatkan aku segan dengan teman serumahku jadi aku meminta mereka untuk pulang. Mereka dengan slumber 'xpe ckg, ckg g tdo dulu'. Jadi aku dengan kelopak mataku yang kian memberat masuk ke bilik dan tidur. Tinggallah temanku bersama mereka. Pada pukul 5, mereka mengatakan yang mereka mahu pulang so aku dengan muka yang mengantuk tu bangun untuk mengiringi kepulangan mereka.

Ingatkan panas sampai ke petang rupenya hujan di tengah hari. Mereka kembali lagi ke rumah sewaku. Memanggil2 aku dan meminta aku membuka pintu pagar. Yang paling membuatkan aku geram mereka mengugut aku 'Kalau ckg xbuka pintu pagar ni ,ktowg panjat pagar'. Masa tu Allah jer tahu perasaan aku. Waktu tu terpikir nak panggil polis...hehehe jahat kan. Tapi bebudak jer apelah sangat yang dorg mampu buat. Aku ingatkan ugutan hanya dibibir sahaja. Tidak kusangka ade seorang yang melepasi pagar rumahku. Yang lain ttp terus memanggil aku. malu juga kerana macam mengganggu kawasan kejiranan. Sehinggalah kedengaran nenek yang kami panggil 'nenek Rony' keluar dan berkata 'berdosa panjat pagar rumah orang, xbaek taw'. Kemudian sepi, mereka meninggalkan rumah sewaku dan pulang. Panggilan mereka tidak kujawab lagi...biar sepi di telinga mereka...

Aku xpasti kenapa mereka bertindak sedemikian. Selepas peristiwa ini ingin kuingtkan kepada sesiapa yang membaca kisah ini agar berjaga-jaga dan jika boleh elakkan memberi alamat kepada orang lain walaupun anak murid kita. Hehhee..tidak kusangka murid kini mmg sangat berbeza dengan murid dahulu....