Wednesday, July 29, 2015

Sepi

Hidup ini satu perjalanan yang panjang. Tidak kutahu di mana pengakhirannya kerana bukan sahaja kita semua punya kehidupan di dunia tapi punya kehidupan di akhirat sana. Saat semua berlumba-lumba mencari kebahgiaan dan ketenangan, aku hanya menjadi pemerhati kerna aku tidak pasti di mana kutemui kebahgiaan dan ketenangan itu. Seringkali aku ingin cari ketenangan dan kebahgiaan itu ibarat mencari mutiara di dasar lautan Jauh ke dasar lautan namun tidak aku temui. Benarkah aku sudah cukup bahagia? Kerna persoalan ini seringkali menerpa tatkala aku sendirian. Mungkin saat ini Allah ingin menyapa hati yang sunyi ini. Mengharap hambaNya berbicara denganNya.
Kadang-kadang emosi yang halus ini terusik melihat kebahgiaan orang lain. Melihat pasangan punyai anak kecil comel sedang berlari. Teringin jua merasa pengalaman itu. Punyai keluarga yang bahagia. Namun segalanya itu rezeki dari Allah. Mungkin itu akan aku kecapi suatu hari nanti. Saat kesunyian inilah aku ingin seseorang yang boleh mendengar aku bercerita. Cerita yang sanggup didengari tanpa rasa keluhan dan setia mendengarnya. Seseorang yang boleh memberi aku semangat untuk terus hidup dengan gembira. Ingin sekali aku merasai rasa gembira yang pernah bertandang suatu ketika dulu. Punyai rakan-rakan yang mengisi kesunyian ini. Punyai teman yang boleh berkongsi rasa dan perasaan. Adakah itu kebahgiaan yang aku cari. Sedangkan rakan datang dan pergi. Ingin sekali aku bersama keluargaku. Ayah, mak dan adik beradik yang lain. Namun, adik beradikku juga punyai keluarga masing-masing. Mungkin saat dan peluang ini kukira harus kuambil untuk menjaga kedua orang tuaku. Namun, jauh di sudut hati risau, risau sekali aku bakal menyusahkan mereka. Aku ambil keputusan untuk terus merantau. Namun, tidak pula ketemu rasa bahgia itu kerna kesunyian itu terlebih dahulu menyapa membuatkan aku sepi, sepi sekali.
Ya Allah, aku berharap rasa cintaku terhadapMu dapat mengisi kesepian dan kesunyian ini.

Coretan seorang insan sepi


Monday, September 8, 2014

Doa Seorang Guru

Menerima beberapa pucuk surat berlagu rindu, kasih dan sayang dari seorang murid amat kuhargai. Cuma kadang-kadang sedikit xselesa. Ketahuilah tidak pernah cikgu memarahi muridnya tanpa sebab. Pastinya seorang guru itu ingin melihat masa depan anak muridnya cerah..baik dari segi akademik mahupun sukan. Padahal aku bukanlah mencurahkan ilmu kepadanya bagi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang esok. Aku hanyalah seorang jurulatih merangkap pengurus pasukan hoki sekolah. Mungkin ada sedikit sikap atau karisma yang membuatkan aku menjadi perhatiannya. Adakah aku menawan di matanya? Terima kasih cikgu ucapkan..mendapat penghargaan seperti itu, walhal aku hanyalah guru biasa sama seperti guru lain.
Cikgu tahu bahawasanya si anak murid ini pemalu orangnya...hanya warkah yang dititipkan untuk meluah rasa. Asal bertembung pasti cuba mengelak. Surat hanya dititipkan melalui orang tengah. Terasa sedikit kelakar. Gembira yer cikgu dah balas wasapp ibu kamu. InsyaAllah cikgu sentiasa mendoakan kamu agar berjaya dengan cemerlang...Ketahuilah bahawa kamu harus lebih berterima kasih kepada guru-guru yang mencurahkan ilmu bagi UPSR itu. Ape-ape pun murid-murid di sekolah ramai yang inginkan perhatian. To all UPSR candidate, best of luck from me as a teacher.

Sunday, August 31, 2014

Sebuah Poster

Masih terngiang perbualan aku dn anak buahku mlm td..ketika dalam perjalanan pulang dari rumah abg sulungku...kukira ianya hanya bualan kosong tp sedikit bermakna...
Syafiq: acik...cube tengok tu... (sambil tunjuk ke arah sebuah poster gmbr seorang lelaki bermain bola.
Aku: mmm..xhensem langsung...
Syafiq: acik ni...ish3...dahla acik tu da tue..
...sedikit tersentap...suasana sedikit hening di dalam kereta itu...aku memandang jauh ke luar tingkap persona ayhnya...memandang neon yg bergemerlapan d malam hari itu...
Tak lama kemudian...
Syafiq: xpela cik...nnti kt syurga acik dpt yg lg hensem...
Aku: amin...
Dlm hati hanya bermonolog sendiri...
Baikkah aku...layakkah aku...melangkah masuk ke syurga Ilahi...sememangnya acik harap sgt akan ada bidadara yg acik jmpa d syurga nnti...
Biarlah di dunia ini acik sendiri...kerna mati nnti acik tetap sendiri..
Sedang mengelamun sendiri...si cilik petah bicaranya lena di dalam pangkuan...si penasihat terhormat terlena menyentuh bahuku...
Sungguh acik kasih dn sygkn anak2 buah acik...cukup dengan kasih syg ini...acik sudah bahagia...acik tetap dpt anugerah terindah dengan kasih syg insan d sekeliling...
Allah knows everything dear...

Saturday, August 30, 2014

Merdeka..di sini lahirnya sebuah cinta

31 Ogos...itulah tarikh kemerdekaan rakyat Malaysia...adakah kita sudah merdeka...bebas dari penjajahan? Secara kasarnya ya...namun secara halusnya kita masih terjajah dengan segala hiburan, sukan dll...kita...hanya kita yang mampu memerdekakan diri...di sini lahirnya sebuah cinta...tema yang diangkat sempena hari kemerdekaan yang ke 57...tempat jatuh lgkn dikenang..inikn pula tempat bermain...pastinya di sini...dmana kita berpijak..lahirnya sebuah cinta...bercakap soal cinta...cukupkah kita cintakn negara dengan hanya melafazkannya...rasa cinta itu harus dijaga...keharmonian negara harus terus dipelihara...malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa...sememangnya negara yang unik...kesepaduan pelbagai etnik, hormat menghormati, sayang menyayangi harus disemai dan dipelihara...inilah Malaysia kita...jgn dicemarkan dgn perasaan hasad dengki, hilang rasa hormat antara satu sama lain dll sikap yg tidak sepatutnya...sayangi Malaysia...

Sunday, July 13, 2014

Ramadhan Al Mubaraq

Sudah separuh bulan Ramadhan menemani...Ramadhan Al-Mubaraq, Bulan Keampunan, Bulan Rahmat...syukur Alhamdulillah...jika semua tahu begitu banyak fadhilatnya semua insan mengharapkan bulan ini tidak pernah berakhir...Ramadhan usah pergi...biarkan Ramadhan sepanjang tahun. Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim). Dalam Quran terdapat banyak  ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”. 
Fasa pertengahan inilah seharusnya kita sebagai hambaNya memohon keampunan. Terkadang aku bersendirian segala memori datang kembali, betapa aku jahil dan alpa. Sememangnya iman setiap insan itu ada naik turunnya.Sukar untuk mendapatkan halawatul iman itu jika diri tidak kuat. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan sepanjang hidupku ini. Allah Maha Pengampun. Pintu Rahmat Ilahi sentiasa terbuka. Allah sayang benar pada hambaNya tapi kita sebagai hamba selalu alpa dan leka dengan keseronokan dan keindahan duniawi yang sementara. Aku bukanlah insan yang sempurna terkadang aku tumpas jua. Maafkan aku Ya Allah. Aku terus menulis sekadar ingin berkongsi rasa agar sama-sama bermuhasabah akan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan selama ini. Moga Allah mendengar akan suara kita. Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Allah ingin kita dekat denganNya, mendengar suara kita. Pada siapa lagi tempat kita mengadu dan memohon keampunan. Hanya pada Dia yang Satu. Titisan air mata untuk Allah amat berharga. Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Kuasa. Kita yang lemah ini harus sentiasa bersujud, membaca kalamullah, berdoa dan berzikir mengingatiNya. Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem.




Saturday, April 5, 2014

Hingga Hujung Nyawa


Setiap kali memandu menyusuri laluan berdekatan kubur yang hampir dengan rumah sewaku ini sentiasa mengingatkan aku tentang mati. Setiap manusia yang hidup pasti akan mati. Hidup di dunia ini hanya pinjaman sementara. Aku sedar saban waktu banyak kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan...terkadang duduk bersendirian, tiba2 air mata mengalir dari kelopak mata. Jika dengar alunan zikir di astro oasis apatah lagi. Alhamdulillah Allah berikan aku sekeping hati yang masih lembut. Namun kadang2 aku rasa aku terlalu lemah. Hanya Allah yang tahu segala-galanya. Jika semua orang tahu bila mereka akan mati, pasti mereka akan duduk berteleku, bersujud dan berdoa memohon keampunan daripada Allah. Mereka juga pasti akan menghindari maksiat dan beribadah dengan bersungguh-sungguh apabila tiba masanya menghampiri mati. Namun Allah rahsiakan tarikh ajal manusia kerana Allah ingin melihat sejauh mana ketaqwaan dan keimanan hambaNya. Begitu juga tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ya, sememangnya mengingati mati adalah satu nasihat yang terbaik untuk diri.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)
 "Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali."

Diri ini milik Allah bukan milik siapa2. Aku sepatutnya sedar yang suatu hari nanti aku akan kembali kepada pencipta. Begitu juga insan lain. Kita semua milik Allah dan akan kembali kepada Allah suatu hari nanti. Dari tanah kita dicipta dan ke dalam tanah jua kita dikuburkan. 


Seterusnya, ingin juga aku kongsikan apa yang aku perhatikan di kuburan itu. Hampir setiap pagi dan petang kelihatan seorang lelaki tua yang berseorangan duduk dikuburan. Duduk di sebalik payungnya sehingga rakan rumahku menggelarnya pakcik cendawan. Jauh di sudut hati tersentuh melihat si tua itu setia di kuburan itu. Membersihkan kubur itu, menanam pokok di atas kubur dan membaca yaasin di situ. Aku mula berfikir dan berteka teki, barangkali kubur itu milik isterinya. Inilah yang dikatakan 'Setia Hingga Hujung Nyawa'. Betapa setia si tua itu. Kadang2 sanggup berpanas dan berhujanan di kubur itu. Sayu dan pilu hati ini melihat si tua itu. Terus aku terkenangkan ayah dan ibu. Semoga Allah memanjangkan usia mereka agar aku terus dapat menatap wajah mereka dan menabur jasa buat mereka. Terlalu banyak silap dan salah aku terhadap mereka. Aku bukanlah tidak teringin duduk di samping mereka tetapi tugas membuatkan aku terpaksa berjauhan. Bukan juga aku ingin memberontak kerana suatu ketika dahulu pilihanku ditolak tetapi aku ingin terus-terusan mencari pengalaman di tempat orang. Semoga dengan pengalaman aku terus dewasa dan berfikir dengan lebih matang. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua di tangan Allah. Allah merencanakan segala-galanya. Aku pon tidak tahu bila aku akan mati, semoga aku dapat menjadi hamba yang Taat akan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Walau siapa kita di dunia ini, kita harus sedar dan berbalik kepada Allah. Allahu Akbar, Allah Maha Besar.

Wednesday, March 5, 2014

Perjalanan

Berteleku aku sendirian
Dalam kesamaran kulihat
Cahaya menerombosi
Ruang Kegelapan
Ku sedar, ku akur
Masih ada sinar cahaya
Yang bisa menyinari hidup ini

Detik waktu ku lalui
Diwarnai dengan pelangi
Pelbagai warna
Indah sekali
Ingin kuberdiri di atas pelangi
Terasa begitu indah sekali
Mewarnai hidup ini
Ingin juga kupetik bintang di langit
Ku susun bergemerlapan dengan sinarannya
Namun kupasti itu tidak bisa kudapatkan
Hanya impian tinggal impian

Jatuh bangunku tiada siapa yang peduli
Hanya Dia Maha Mengetahui
PerancanganNya lebih teliti
Kuserahkan segala-galanya...
Agar tidak ku tersungkur lagi

~sutrasafa~