Sunday, September 23, 2012

Hati yang dilukai...

Melihatkan diri ini  terasa dipermainkan, terluka dan dilukai hanya kerana bait2 ayat darinya yang mana mungkin ada alasan tersendiri si dia, tidak lagi aku ingin tahu kini. Namun,  aku cuba mengingati hanya kenangan terindah yang pernah Allah pinjamkan rasa itu buatku. Biarpun hanya seketika cuma. Terima kasih ya Allah kerana memberi pengalaman ini kerana aku tahu bagaimana perasaan suka, gembira, dihargai yang mana aku selalu baca di dalam novel dan ceritera rakan-rakanku. Begitu juga dapat aku rasakan perasaan kecewa itu. Benarlah jika mengharap pada manusia tak tentu harapan itu terlaksana. Namun mengharap padaNya dan melabuhkan cinta pada yang Esa pasti kau temu bahagia akhirnya. Maka bersabarlah wahai diri.

Namun entri kali ini, aku ingin berkongsi cerita seorang insan yang kukira amat tabah. Beberapa kali disakiti, dia terus menggengam tabah. Perkenalannya dengan seorang insan yang bergelar lelaki selama 4 tahun kukira satu tempoh yang agak lama. Terlalu banyak kenangan yang dicipta dalam 4 tahun tersebut. Bahagia terasa setiap pagi. Mana tidaknya, ada yang mengucapkan 'Good morning' dan mlmnya ada pula ucapan 'Good night' belum lagi kata2 indah insan yang sedang hangat bercinta. Benar bila wujudnya perasaan yang terlalu halus itu, setiap manusia akan terbuai. Terus lagu ini bermain di mindaku:

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Allah, bercakap soal cinta. Ya sepatutnya cinta selepas nikah. Barulah terasa indahnya kan. Berbalik kepada kisah sebentar tadi. Dalam tempoh 4 tahun itu, akhirnya si teruna memberanikan diri berjumpa keluarga si gadis. Perempuan mana yang tidak gembira jika akhirnya si teruna sudi bertemu keluarga bagi menampakkan lagi hubungan antara merpati dua sejoli ini adalah di tahap yang serius. Masakan perkara nikah kahwin ini boleh dibuat mainan. Begitu juga si gadis bertemu keluarga si teruna jauh ke utara selama seminggu untuk mengenali dan menyesuaikan diri supaya kelak akan lebih erat hubungan dalam keluarga itu. Benarlah  ikatan perkahwinan itu bukan hanya antara pasangan tetapi seluruh anggota kedua-dua belah pihak. Sehingga suatu hari keluarga belah lelaki datang dengan mesra ingin mengenali keluarga perempuan. Siapa yang tidak bahagia. Perancangan antara lelaki dan perempuan itu dari urusan membeli kereta, simpanan duit untuk pertunangan dan perkahwinan dan macam2 lagi. Bagiku dari ceritanya, cukup rapi persediaan itu. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Gadis itu mendapat panggilan dari teruna menyatakan ibunya telah bertemu pasangan yang sesuai untuk si teruna. Si teruna hanya mengikut kata-kata ibunya. Biasalah syurga di telapak kaki ibu. Mahu tidak mahu si teruna perlu mengikut kata ibundanya. Alasan hanya kerana si gadis bukan 'civil workers'. Eh2, tetiba sama pula dengan pengalaman sendiri. Ya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk ank2nya. Walaupun pemikiran ibu bapa ini agak ortodoks, naluri mereka sungguh halus dan sukar dimengerti. Bila suatu hari nanti kita bakal bergelar ibu dan ayah kita akan merasainya. Namun, jika kita merasai pengalaman ini..jika kita tidak suka pasti kita tidak akan lakukan lagi terhadap anak-anak kita. Doakan yang terbaik ya. Ish2 si penulis suka benar merewang2...hehe hanya terus menulis apa yang ada di minda.

Setelah beberapa purnama lamanya, si teruna menghilangkan dan mendiamkan diri. Akhirnya sehari sebelum penikahan dengan gadis pilihan ibunya, puas si teruna merayu dan menyatakan rasa rindu dan cinta pada si gadis. Hati yang terluka dan retak, masakan boleh dicantum semula. Segala-gala yang boleh menghubungkan dan mengingatkan si gadis kepada sang teruna dihapuskan serta merta. DELETE! hampir 3 tahun juga untuk melupakan segala-galanya. Oh, lamanya. Benarlah, jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang bukan milikmu kerna kelak akan kecewa. Dengan kekuatan yang dikumpul si gadis kini hidupnya sentiasa ceria. Ya, senyum selalu baru awet muda. Jadi sahabat2 kuatkan semangat, berdoa pada yang Esa. Pengalaman mematangkan usia dan mengajar agar lebih tabah dalam melayari hidup ini.

Friday, August 24, 2012

Apabila Anda...


Apabila semuanya serba tidak kena dan anda tidak tahu lagi yang hendak dibuat, ingatlah anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.


  • Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia yang memberi cahaya.
  • Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil.
  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia yang melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup
  • Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
  • Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dan kesempitan, ingatlah Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.
  • Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia...satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
  • Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
~Khairul Zaadut Taqwa Ila Allah~
~La Tahzan Inna Allah ha Maa' na~



Thursday, August 23, 2012

Allah tahu apa yang terbaik


Kadang-kadang kita selalu mengimpikan sesuatu yang bahagia...kita selalu meminta dan terus meminta tanpa henti. Namun bila Allah tak perkenankan doa kita. Kita mula putus harap ngan Yang Maha Esa. Berkatalah pada diri "setiap yang berlaku ada hikmahnya". Allah Maha Adil. Kalau nak diikutkan sudah banyak nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan. Jadilah insan yang bersyukur. Usahlah hanya kerana satu hasrat yang tidak kesampaian, kita jadi lemah. Jika jatuh bangunlah kembali. Lihatlah di sekeliling, masih ramai yang menyayangi. Kasih sayang yang Allah beri terlalu banyak. Sapulah air mata dan berilah mereka senyuman. Allah mahu beri yang lebih baik barangkali. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Semarakkanlah hari-hari yang dilalui dengan penuh rasa bahagia. Tenang dan tabahlah dalam menghadapi ujian dan ketentuan Ilahi. Inna Allah ha Maa' Sobirin. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. InsyaAllah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Dekatkan diri dengan Allah, suburkanlah rasa cinta padaNya. Pasti Allah hidupkan rasa kasih dan sayang pada kita agar kita terus rasa bahagia.
"Ya Allah sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgaMu dan tidak sanggup pula menghadapi api nerakaMu, terima taubatku dan ampunkan dosa-dosa ku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar".

Friday, July 13, 2012

Mengukir bahagia di dada langit

Ingin skali kuukir bahagia...
bahagia yang  tak pasti aku kecapi
namun tidak pernah aku berhenti
mengharap dari Dia yang satu
hanya Cintaku itu bisa mendengar
apa yang kurasa tiada siapa peduli
biar menghilang dalam kelam
biar menghilang dalam sesak
biar menghilang dan terus menghilang
aku tetap menanti penuh harapan

Kuukir bahagia di dada langit
sebuah mimpi yang begitu indah
yang sentiasa terpalit di jiwa ini
biar dikata aku gila
biar dikata aku sasau
tapi benar hanya ku mampu lakukan itu
mengukir terus rasa bahagia

Langit membiru penuh kedamaian
membuat hati ini terus berlagu
tenang sungguh terasa
melihat terus ke dada langit
yang terbentang indah...indah skali
ingin kuukirkan terus bahagia disitu

CiptaanNya yang sungguh indah
terus ku pandang penuh damai
penuh rasa syukur pada Nya
kukecapi segala nikmat dunia
dunia yang hanya sementara
indah sekali di pandangan mata
melihat segala kekuasaan yang Maha Esa

Biar cuaca berubah-rubah
siang malam silih berganti
hujan panas adalah anugerah
bahagia yang kuukir
terlakar indah di langit...
kuharap ia masih di situ
agar esok lusa ku pandang terus...
ke dada langit ciptaanNya
bahagia itu masih di situ

Saban waktu ujian mendatang
hikmah tersembunyi penuh misteri
perlu sentiasa kuyakini
bahawa janji Allah itu pasti
kerna itu...
aku terus melakar bahagia
di dada langit yang luas membiru

safa
6.03 p.m
13/7/2012




Tuesday, March 13, 2012

Kasih Tidak Bertepi


Menyusuri hidup ini
Beberapa waktu dan ketika
Begitu aku mengharap kasih
Kekasih yg amat aku cintai
Rindu benar rasanya...
Bukan ibarat pungguk rindukan bulan
Bukan juga ibarat Laila dan Majnun
Rinduku kini...
Hanya pada kasih yg tidak bertepi

Tangan-tangan itu terus memegang erat
Jari-jemari ini tidak dilepaskan
Terus diri ini jatuh dalam dakapan
Terngiang2 di telinga kecilku
Penuh lembut tutur bicaranya
Membisikkan kata syahdu
Mengharap agar diri ini...
Terus-terusan menggenggam tabah
Jika tersungkur bisaku bangun kembali

Terus aku menongkah arus hidup ini
Seketika terpesong jua akhirnya
Tangan-tangan itu jua...
Menarikku kembali dan menyedarkan aku
Dari khayalan yang kononnya indah belaka
Berdiri kukini di alam yang nyata
Sungguh...
Tegas tutur bicaranya
Nasihatnya penuh hikmah
Mengajarku erti hidup
Membimbingku ke jalanNya

Peluh keringat membasahi baju
Menyediakn semua, menyempurnakan segala
Mengurus terkadang terkocoh jua
Hanya yang terbaik buat semua
Tiada keluh kesah kedengaran
Senyuman di bibir terukir sentiasa
Kasih terus-terusan dicurah
Buat permata hati, anugerah Ilahi...

Terima kasih ayah dan bonda
Buat kasih yang tidak bertepi ini..

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya...dan lindungilah mereka..Amin ya Rabbal A'lamin..."

SYUKUR YA ILAHI..penciptaku yg Maha Agung...
SAYANG MAK & AYAH...thanks sbb lahirkan saya dan beri peluang kepada saya mengecapi hidup ini...

Monday, December 12, 2011

Coretan 2011

Sudah lama rasenye tidak menulis d blog ni...terlalu banyak yg perlu dilakukan maklumlah thn ini tahun pertama aku bergelar seorang guru. Walaupon agak sukar pada tahun pertama ini akibat setahun jagung menjadi guru namun aku perlu jalaninya dengan tabah. Setiap pulang dari sekolah aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak didikku. Bukan senang mendidik seorang manusia sehingga mereka bergelar seorang insan yang harmonis dan menyeluruh dari setiap aspek. Tambahan pula, berdepan dengan kanak-kanak yang banyak ragam. Ia amat menuntut kesabaran. Kini, aku merasai perasaan guruku mendidikku dahulu tp aku xdela senakal budak2 sekarang...huhu. mungkin ni ujian buat aku. Selain itu, murid-murid kini yang begitu terdedah dengan dunia ICT menuntut gurunya untuk mempunyai ilmu yang tinggi. Sebagai seorang guru ia amat menuntut kepada sebuah pengorbanan. Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan. Bermula seorang murid yang tidak tahu apa-apa, guru bertugas untuk membuat mereka memahami pengajaran. Guru bukan sahaja mengajar namun mendidik. Ya, dalam masa yang sama guru perlu mendidik murid untuk mempunyai sahsiah dan nilai yang baik. Aku merasainya bagaimana mengawal tingkah laku murid, mengajar dan mendidik mereka. Penat juga menjadi seorang guru namun tugas ini akan kugalas sebaik mungkin. Tanggungjawab dan amanah Allah ini takkan ku persiakan. Tahun depan arapnya aku lebih tabah dan sabar dalam mendidik murid-muridku...

 Bersama murid-murid 4G yang bijak & nakal2...

Bergelar seorang guru pastinya mengingatkan aku akan sajak ini......

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan ya Ramadhan


Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi...
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan...
Masih tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam...
Sesungguhnya diharap amalan di bulan Ramadhan yang mulia dan barakah ini dapat dipertingkatkan...
Sememangnya banyak kelebihan di bulan yang penuh keberkatan ini.
Antara kelebihan Ramadhan dinukilkan seperti di bawah:

    Kelebihan Ramadhan

    1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
    Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
    “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
    Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
    Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
    2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
    “ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.
    “Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
    Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
    3. Pintu neraka ditutup.
    Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
    4. Dibuka semua pintu syurga.
    Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
    5. Allah perhiaskan syurga.
    Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
    Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
    6. Dilepaskan tahanan neraka
    Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
    7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
    Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan.Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
    Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
    8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
    Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datangsesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
    Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.