Thursday, August 23, 2012

Allah tahu apa yang terbaik


Kadang-kadang kita selalu mengimpikan sesuatu yang bahagia...kita selalu meminta dan terus meminta tanpa henti. Namun bila Allah tak perkenankan doa kita. Kita mula putus harap ngan Yang Maha Esa. Berkatalah pada diri "setiap yang berlaku ada hikmahnya". Allah Maha Adil. Kalau nak diikutkan sudah banyak nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan. Jadilah insan yang bersyukur. Usahlah hanya kerana satu hasrat yang tidak kesampaian, kita jadi lemah. Jika jatuh bangunlah kembali. Lihatlah di sekeliling, masih ramai yang menyayangi. Kasih sayang yang Allah beri terlalu banyak. Sapulah air mata dan berilah mereka senyuman. Allah mahu beri yang lebih baik barangkali. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Semarakkanlah hari-hari yang dilalui dengan penuh rasa bahagia. Tenang dan tabahlah dalam menghadapi ujian dan ketentuan Ilahi. Inna Allah ha Maa' Sobirin. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. InsyaAllah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Dekatkan diri dengan Allah, suburkanlah rasa cinta padaNya. Pasti Allah hidupkan rasa kasih dan sayang pada kita agar kita terus rasa bahagia.
"Ya Allah sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgaMu dan tidak sanggup pula menghadapi api nerakaMu, terima taubatku dan ampunkan dosa-dosa ku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar".

No comments:

Post a Comment