Friday, August 24, 2012

Apabila Anda...


Apabila semuanya serba tidak kena dan anda tidak tahu lagi yang hendak dibuat, ingatlah anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.


  • Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia yang memberi cahaya.
  • Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil.
  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia yang melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup
  • Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
  • Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dan kesempitan, ingatlah Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.
  • Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia...satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
  • Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
~Khairul Zaadut Taqwa Ila Allah~
~La Tahzan Inna Allah ha Maa' na~



No comments:

Post a Comment