Thursday, April 23, 2009

MURID-MURIDKU SAYANG


Ni lah murid-murid aku di SK Peringgit. Dak nakal yang datang rumah aku xde plak kat sini...
Tp ade gak yang datang rumah ade dalam pic. ni. Yang membuatkan aku terharu dorg kasi cawan yang cute, tali pooh yang gantung kat hp, key chain dan mcm2 lg. Paling best dorg bg brg2 kaler purple sampai bunge telur dan beg dr rmh pengantin kaler purple pon kasi. Klakar dan comel betul murid-murid aku nie.

Sunday, April 19, 2009

PENGALAMAN YG MENAKUTKAN SELEPAS BERAKHIR SESI PRAKTIKUM

Sebelum ni rs nak penuhkan blog nie ngan karya2 jer..
tp skang nak coretkan juga pengalaman nie...yela i'm sure xramai yang ader pengalaman nie...
Berakhirnya sesi praktikum membuatkan kite rindukan murid-murid kite kat skull...
Begitu juga aku, seorang bakal guru yang rindukan murid-murid di skolah dimana ditempatkan untuk praktikum walaupun hanya sebulan.

Pada suatu pagi sedang sibuk aku menjaga corner chapteh, aku mendapat panggilan daripada muridku 'Ckg, ckg kat mane? xde org pon kat rmh? kami datang nie'. Aku rasa terharu plak bila mereka datang. Aku hanya mengatakan yang aku sedang sibuk di maktab. Mereka berkata lagi 'ckg, esok pukul 10 boleh kami datang?'. Mengenangkan aku yang kini sibuk dengan assignment mahu sahaja mengatakan x boleh. Mendengar kesungguhan mereka, lalu aku dengan rela hati mengalukan kedatangan mereka. Yelah kater org kedatangan tetamu tu bawa rahmat. Pada malam hari pula aku menerima panggilan telefon lagi 'Ckg, kami nak dtg juga..pukul 1 ye ckg'... ha nak datang tengah hari, waktu org lunch tu...penin pala aku dibuatnya. Aku meminta mereka datang pada pukul 5...

Murid yang datang pada pukul 10 bolehla dikatakan menjaga tingkah laku. Tiba-tiba yang nak dtg pukul 1 tu mmg nekad nak dtg pukul 1...so aku menyediakan sesuatu untuk mereka. Dengan penuh kasih, aku masakkan bihun hailam...kedatangan mereka kusambut penuh mesra. Begitu juga teman-teman serumahku. Aku begitu berterima kasih buat teman serumahku yang turut melayani kerenah mereka. Selepas makan dan berbual, aku ingatkan mereka akan pulang. Namun sangkaan aku meleset. Mereka berjalan sana sini dan maen game dalam tempoh mase yang agak lama. Jadi aku cuba nasihatkan agar memilih masa yang sesuai untuk melawat orang dan peruntukkan masa yang sesuai untuk melawat. Namun, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lama kelamaan aku berasa mengantuk. Kebisingan mereka membuatkan aku segan dengan teman serumahku jadi aku meminta mereka untuk pulang. Mereka dengan slumber 'xpe ckg, ckg g tdo dulu'. Jadi aku dengan kelopak mataku yang kian memberat masuk ke bilik dan tidur. Tinggallah temanku bersama mereka. Pada pukul 5, mereka mengatakan yang mereka mahu pulang so aku dengan muka yang mengantuk tu bangun untuk mengiringi kepulangan mereka.

Ingatkan panas sampai ke petang rupenya hujan di tengah hari. Mereka kembali lagi ke rumah sewaku. Memanggil2 aku dan meminta aku membuka pintu pagar. Yang paling membuatkan aku geram mereka mengugut aku 'Kalau ckg xbuka pintu pagar ni ,ktowg panjat pagar'. Masa tu Allah jer tahu perasaan aku. Waktu tu terpikir nak panggil polis...hehehe jahat kan. Tapi bebudak jer apelah sangat yang dorg mampu buat. Aku ingatkan ugutan hanya dibibir sahaja. Tidak kusangka ade seorang yang melepasi pagar rumahku. Yang lain ttp terus memanggil aku. malu juga kerana macam mengganggu kawasan kejiranan. Sehinggalah kedengaran nenek yang kami panggil 'nenek Rony' keluar dan berkata 'berdosa panjat pagar rumah orang, xbaek taw'. Kemudian sepi, mereka meninggalkan rumah sewaku dan pulang. Panggilan mereka tidak kujawab lagi...biar sepi di telinga mereka...

Aku xpasti kenapa mereka bertindak sedemikian. Selepas peristiwa ini ingin kuingtkan kepada sesiapa yang membaca kisah ini agar berjaga-jaga dan jika boleh elakkan memberi alamat kepada orang lain walaupun anak murid kita. Hehhee..tidak kusangka murid kini mmg sangat berbeza dengan murid dahulu....

Monday, February 9, 2009

KAABAH KIBLATKU

Ceritanya bermula begini...di sebuah negeri yang terletak jauh di ceruk dunia...
terdengar laungan azan yang bersahut-sahutan...
betapa besarnya keagungan Ilahi...
Kelihatan sekumpulan muslimah memberhentikan segala pekerjaan mereka...
lalu mereka mengerjakan solat berjemaah dengan penuh khusyuk dan tawadduk...
Pada suatu malam yang hening bersinarkan cahaya rembulan dan bintang yang bergemerlapan keluar tiga muslimah bernama Wardah,Raudhah dan Mawaddah yang terlalu berminat dengan alam semesta dan banyak membaca buku-buku yang ditulis oleh Al-Khawarizmi melihat langit malam.
Subhanallah, sungguh indah kebesaran ILAHI...
Melihat buruj dan bintang-bintang dan makalah peta bintang membuatkan mereka menginterpretasikan penentuan arah kiblat berdasarkan ilmu yang dipelajari...

Penentuan arah kiblat berpandukan peta bintang.
1) Setelah dapat mengenalpasti buruj orion, perhatikan 3 bintang selari buruj tersebut. Buruj tersebut dikenali dengan nama :
i. Almintaka.
ii. Alnilam.
iii. Alnitak
2) Bagi mengenalpasti kedudukan Alnitak, bintang tersebut terletak berdekatan dengan bintang Sirius ( bintang yang paling terang di langit).
3) Bintang Almintaka pula berdekatan dengan bintang Aldebaran.
4) Penentuan arah kiblat adalah berpandukan arah daripada bintang Sirius ke bintang Aldebaran
5) Bintang Sirius dapat dilihat dalam warna putih dan sangat cerah.
6) Bintang Aldebaran dilihat dalam warna merah atau oren.
Mereka sedar akan arah kiblat yang sebenarnya...
Arah kiblat adalah arah kedudukan Kaabah, di Mekah iaitu arah seseorang muslim mengadap apabila melakukan solat...
Syukur Alhamdulillah dengan ilmu arah kiblat dapat ditentukan...

Moral of d story:
Lihatlah kebesaran Ilahi, pelajarilah ilmu dan kajilah alam semesta
Sepertimana dalam firman Allah
Maksudnya:
'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal' (Ali 'Imran:190)
' Iaitu org-org yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dan berkata " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka' (Ali 'Imran:191)

KEDUTAN WAJAH SI TUA

Suatu hari sedang aku berjalan-jalan terlihat seorang tua menjual tisu di jalanan...melihat kedutan di wajahnya menggambarkan usianya yang telah lanjut...teringat daku kepada kedua orang tuaku...
pilu rasanya hati...lalu kuhulurkan wang..aku berfikir sejenak tidak dapatkah lagi si tua menggunakan sisa hidupnya untuk membanting tulang, tiadakah peluang pekerjaan atau mungkin dia sudah tidak mampu lagi kerana dia sudah tua...jadi di manakah anak-anaknya? tidak adakah anak-anak di sisi yang mampu menjaganya? Namun apa jua yang berlaku dalam hidupnya tidak siapa ketahui melainkan ALLah. Aku tetap berdoa agar dia dapat meneruskan hidupnya dengan baik..
Aku sedar suatu hari nanti pasti semua yang muda bakal tua. Aku merasakan bahwa kedutan di wajah harus diterima. Tidak perlu menyuntik Botox atau Vita C untuk menegangkan kulit muka dan kelihatan muda sentiasa..benar bukan???
Pernah seorang tua yang kelihatan tenang dan berseri wajahnya memberi nasihat kepadaku bangun dan solatlah di sepertiga malam, solat di awal waktu dan usah ditinggalkan, sentiasa berada dalam keadaan wuduk, lakukanlah perkara-perkara sunat yang pernah diamalkan Rasulullah dan sedekahkanlah senyuman. InsyaAllah wajah akan kelihatan tenang dan sentiasa berseri. Ini juga sebagai amalan menuju ke akhirat sana.
Aku sedar aku adalah insan yang lemah yang hanya boleh menggerakkan pena di lembaran maya. Namun, aku akan cuba muhasabah dan memperbaiki diri. Kucoretkan lembaran ini sebagai nasihat untukku dan buat tatapan bersama...

Saturday, February 7, 2009

CINTA, KASIH & SAYANG

Warkah KASIH buat SAYANG...

SAYANG...
KASIH utuskan warkah ini buat SAYANG untuk menyatakan hasrat hati KASIH...CINTA ya, itu perkataan yang pertama harus KASIH katakan...sememangnya KASIH sudah jatuh CINTA, SAYANG...
CINTA ini terlalu sukar KASIH pendamkan daripada pengetahuanmu SAYANG...
maafkan KASIH kerana tidak memberitahu SAYANG kebenaran tentang CINTA KASIH yang satu kerana SAYANG juga tahu akan CINTA...
Dahulu seringkali KASIH ingatkan sayang akan CINTA, namun SAYANG selalu mencemburui CINTA...apa yang disuruh CINTA tidak pernah sayang peduli...kata SAYANG kita masih muda, ya memang kita masih muda.Namun tahukah SAYANG bahawa CINTA sentiasa CINTAkan kita. Ingatkan pertemuan pertama KASIH dan SAYANG dahulu...KASIH terjatuh daripada eskalator kerana terlalu cuai, SAYANG membantu KASIH dengan menghulurkan tangan namun maafkan KASIH kerana tidak dapat menyambutnya kerana KASIH takut diperhatikan CINTA. CINTA yang mempertemukan kita. Ingatkah SAYANG betapa sukarnya SAYANG memujuk KASIH untuk menerima SAYANG?Akhirnya KASIH bersetuju dengan petunjuk CINTA. CINTA yang menyuruh KASIH menerima SAYANG.
SAYANG...
Masihkah SAYANG ingat semasa SAYANG mengajak KASIH ke pesta ulang tahun SAYANG??? Maafkan KASIH kerana memalukan SAYANG di hadapan tetamu SAYANG. Sudah KASIH beritahu yang kenduri kesyukuran lebih baik tetapi SAYANG menolak mentah-mentah.Baju yang SAYANG beri terlalu tidak selesa bagi KASIH. KASIH x dapat menanggalkan tudung dari kepala kasih dan baju yang menutupi tubuh KASIH yang sudah sekian lama kasih pakai. Sememangnya KASIH rasa cantik pada pandangan CINTA. Namun, SAYANG kata itu semua kolot. Semua orang memandang KASIH hina pada hari itu, berfikiran sama seperti SAYANG...
SAYANG, masihkah SAYANG ingat KASIH menghadiahkan SAYANG sejadah dan kain pelekat..SAYANG melemparkan kembali hadiah itu kepada KASIH, tak mengapa SAYANG, KASIH tetap bersabar kerana KASIH tahu CINTA ada bersama KASIH.
SAYANG...
KASIH memang sayangkan SAYANG...sayang sangat...
Namun maafkan KASIH, SAYANG
SAYANG andainya KASIH pergi dulu izinkan kasih pergi bersama CINTA...
janganlah SAYANG tangisi pemergian KASIH kerana CINTA tetap akan menjaga KASIH...
SAYANG masihkah SAYANG ingat tentang CINTA hakiki...CINTA itu CINTA ILAHI. Andainya SAYANG CINTA akan KASIH setinggi gunung, seluas lautan dan sehebat manapun tetap tidak dapat menandingi CINTA dari CINTA ILAHI...
SAYANG ingatlah SAYANG juga berhak mendapat CINTA ILAHI...

SAYANG menggenggam erat warkah di hari yang penuh duka baginya. KASIH pergi buat selama-lamanya...Linangan air mata SAYANG tidak dapat mengubah apa-apa. Namun SAYANG perlu berubah demi CINTA....

Friday, February 6, 2009

PURPLE IS MY FAV COLOR...ITS MEAN???

Royalty and Spirituality:
Purple is royalty. A mysterious color, purple is associated with both nobility and spirituality.
The opposites of hot red and cool blue combine to create this intriguing color.
Nature of Purple:
Purple has a special, almost sacred place in nature: lavender, orchid, lilac, and violet flowers are often delicate and considered precious. Because purple is derived from the mixing of a strong warm and strong cool color it has both warm and cool properties. A purple room can boost a child's imagination or an artist's creativity. Too much purple, like blue, could result in moodiness.

purple..purple...purple
kalu bley seme barangku kaler purple tp xpe...
kalu seme purple & xder kaler lain xmeriah plak idup nie...hehehe

ALLAHUAKBAR

AllahhuAkbar...
Kalimah yang akan kita dengar sekurang-kurangnya 20X sehari sebelum menunaikan solat...
Sememangnya Allah Maha Besar...
Pernah seorang si kecil bertanyer kepada ibunya 'Allah tu besar mane?'...
si ibu menjawab ' Allah xnmpk syg tp Allah Maha Besar pada kekuasaannye..'
si kecil seakan xberpuas hati 'Allah ada kuasa???'
'ye syg...kuasa Allah menjadikan kamu, jadikan udara tuk kamu bernafas dan mcm2 lg...'jwb si ibu dgn penuh ketenangan.
si kecil bersuara 'ader cam power rangers x ibu????'
'lebih lagi syg' jwb si ibu lagi.
'owhhhhhh...cam tu, hehe ibu jwb samer cam ustazah ucu kat sekolah, kalu cam2 ibu leh jadi ustazah gak kan???tersengih si kecil melihat ibunya.
'ucu dah puas ati ngan jawapan ibu kan, sudah pegi mandi' kate si ibu kepada si kecil...
Sememangnya kekuasaan Allah tiada tandingnye...
Lihat sahaja alam di sekeliling kita...
- Udara segar yang dihirup setiap hari
- Bulan dan Bintang yang bergemerlapan di malam hari yang sungguh indah
- Keindahan persekitaran dengan langit yang membiru dan pepohon yang menghijau
- Flora dan Fauna yang berguna untuk kita
-dll
Fikirkan sejenak dan lihat alam yang ada di sekeliling kita...
Ucapkan Subhanallah dan pujilah kekuasaan Allah
Sememangnya Allah Maha Besar....
AllahuAkbar