Monday, February 9, 2009

KEDUTAN WAJAH SI TUA

Suatu hari sedang aku berjalan-jalan terlihat seorang tua menjual tisu di jalanan...melihat kedutan di wajahnya menggambarkan usianya yang telah lanjut...teringat daku kepada kedua orang tuaku...
pilu rasanya hati...lalu kuhulurkan wang..aku berfikir sejenak tidak dapatkah lagi si tua menggunakan sisa hidupnya untuk membanting tulang, tiadakah peluang pekerjaan atau mungkin dia sudah tidak mampu lagi kerana dia sudah tua...jadi di manakah anak-anaknya? tidak adakah anak-anak di sisi yang mampu menjaganya? Namun apa jua yang berlaku dalam hidupnya tidak siapa ketahui melainkan ALLah. Aku tetap berdoa agar dia dapat meneruskan hidupnya dengan baik..
Aku sedar suatu hari nanti pasti semua yang muda bakal tua. Aku merasakan bahwa kedutan di wajah harus diterima. Tidak perlu menyuntik Botox atau Vita C untuk menegangkan kulit muka dan kelihatan muda sentiasa..benar bukan???
Pernah seorang tua yang kelihatan tenang dan berseri wajahnya memberi nasihat kepadaku bangun dan solatlah di sepertiga malam, solat di awal waktu dan usah ditinggalkan, sentiasa berada dalam keadaan wuduk, lakukanlah perkara-perkara sunat yang pernah diamalkan Rasulullah dan sedekahkanlah senyuman. InsyaAllah wajah akan kelihatan tenang dan sentiasa berseri. Ini juga sebagai amalan menuju ke akhirat sana.
Aku sedar aku adalah insan yang lemah yang hanya boleh menggerakkan pena di lembaran maya. Namun, aku akan cuba muhasabah dan memperbaiki diri. Kucoretkan lembaran ini sebagai nasihat untukku dan buat tatapan bersama...

No comments:

Post a Comment