Monday, February 9, 2009

KAABAH KIBLATKU

Ceritanya bermula begini...di sebuah negeri yang terletak jauh di ceruk dunia...
terdengar laungan azan yang bersahut-sahutan...
betapa besarnya keagungan Ilahi...
Kelihatan sekumpulan muslimah memberhentikan segala pekerjaan mereka...
lalu mereka mengerjakan solat berjemaah dengan penuh khusyuk dan tawadduk...
Pada suatu malam yang hening bersinarkan cahaya rembulan dan bintang yang bergemerlapan keluar tiga muslimah bernama Wardah,Raudhah dan Mawaddah yang terlalu berminat dengan alam semesta dan banyak membaca buku-buku yang ditulis oleh Al-Khawarizmi melihat langit malam.
Subhanallah, sungguh indah kebesaran ILAHI...
Melihat buruj dan bintang-bintang dan makalah peta bintang membuatkan mereka menginterpretasikan penentuan arah kiblat berdasarkan ilmu yang dipelajari...

Penentuan arah kiblat berpandukan peta bintang.
1) Setelah dapat mengenalpasti buruj orion, perhatikan 3 bintang selari buruj tersebut. Buruj tersebut dikenali dengan nama :
i. Almintaka.
ii. Alnilam.
iii. Alnitak
2) Bagi mengenalpasti kedudukan Alnitak, bintang tersebut terletak berdekatan dengan bintang Sirius ( bintang yang paling terang di langit).
3) Bintang Almintaka pula berdekatan dengan bintang Aldebaran.
4) Penentuan arah kiblat adalah berpandukan arah daripada bintang Sirius ke bintang Aldebaran
5) Bintang Sirius dapat dilihat dalam warna putih dan sangat cerah.
6) Bintang Aldebaran dilihat dalam warna merah atau oren.
Mereka sedar akan arah kiblat yang sebenarnya...
Arah kiblat adalah arah kedudukan Kaabah, di Mekah iaitu arah seseorang muslim mengadap apabila melakukan solat...
Syukur Alhamdulillah dengan ilmu arah kiblat dapat ditentukan...

Moral of d story:
Lihatlah kebesaran Ilahi, pelajarilah ilmu dan kajilah alam semesta
Sepertimana dalam firman Allah
Maksudnya:
'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal' (Ali 'Imran:190)
' Iaitu org-org yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dan berkata " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka' (Ali 'Imran:191)

No comments:

Post a Comment