Sudah separuh bulan Ramadhan menemani...Ramadhan Al-Mubaraq, Bulan Keampunan, Bulan Rahmat...syukur Alhamdulillah...jika semua tahu begitu banyak fadhilatnya semua insan mengharapkan bulan ini tidak pernah berakhir...Ramadhan usah pergi...biarkan Ramadhan sepanjang tahun. Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim). Dalam Quran terdapat banyak ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.
Fasa pertengahan inilah seharusnya kita sebagai hambaNya memohon keampunan. Terkadang aku bersendirian segala memori datang kembali, betapa aku jahil dan alpa. Sememangnya iman setiap insan itu ada naik turunnya.Sukar untuk mendapatkan halawatul iman itu jika diri tidak kuat. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan sepanjang hidupku ini. Allah Maha Pengampun. Pintu Rahmat Ilahi sentiasa terbuka. Allah sayang benar pada hambaNya tapi kita sebagai hamba selalu alpa dan leka dengan keseronokan dan keindahan duniawi yang sementara. Aku bukanlah insan yang sempurna terkadang aku tumpas jua. Maafkan aku Ya Allah. Aku terus menulis sekadar ingin berkongsi rasa agar sama-sama bermuhasabah akan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan selama ini. Moga Allah mendengar akan suara kita. Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Allah ingin kita dekat denganNya, mendengar suara kita. Pada siapa lagi tempat kita mengadu dan memohon keampunan. Hanya pada Dia yang Satu. Titisan air mata untuk Allah amat berharga. Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Kuasa. Kita yang lemah ini harus sentiasa bersujud, membaca kalamullah, berdoa dan berzikir mengingatiNya. Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem.
Sunday, July 13, 2014
Saturday, April 5, 2014
Hingga Hujung Nyawa
Setiap kali memandu menyusuri laluan berdekatan kubur yang hampir dengan rumah sewaku ini sentiasa mengingatkan aku tentang mati. Setiap manusia yang hidup pasti akan mati. Hidup di dunia ini hanya pinjaman sementara. Aku sedar saban waktu banyak kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan...terkadang duduk bersendirian, tiba2 air mata mengalir dari kelopak mata. Jika dengar alunan zikir di astro oasis apatah lagi. Alhamdulillah Allah berikan aku sekeping hati yang masih lembut. Namun kadang2 aku rasa aku terlalu lemah. Hanya Allah yang tahu segala-galanya. Jika semua orang tahu bila mereka akan mati, pasti mereka akan duduk berteleku, bersujud dan berdoa memohon keampunan daripada Allah. Mereka juga pasti akan menghindari maksiat dan beribadah dengan bersungguh-sungguh apabila tiba masanya menghampiri mati. Namun Allah rahsiakan tarikh ajal manusia kerana Allah ingin melihat sejauh mana ketaqwaan dan keimanan hambaNya. Begitu juga tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ya, sememangnya mengingati mati adalah satu nasihat yang terbaik untuk diri.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)
"Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali."
Diri ini milik Allah bukan milik siapa2. Aku sepatutnya sedar yang suatu hari nanti aku akan kembali kepada pencipta. Begitu juga insan lain. Kita semua milik Allah dan akan kembali kepada Allah suatu hari nanti. Dari tanah kita dicipta dan ke dalam tanah jua kita dikuburkan.
Seterusnya, ingin juga aku kongsikan apa yang aku perhatikan di kuburan itu. Hampir setiap pagi dan petang kelihatan seorang lelaki tua yang berseorangan duduk dikuburan. Duduk di sebalik payungnya sehingga rakan rumahku menggelarnya pakcik cendawan. Jauh di sudut hati tersentuh melihat si tua itu setia di kuburan itu. Membersihkan kubur itu, menanam pokok di atas kubur dan membaca yaasin di situ. Aku mula berfikir dan berteka teki, barangkali kubur itu milik isterinya. Inilah yang dikatakan 'Setia Hingga Hujung Nyawa'. Betapa setia si tua itu. Kadang2 sanggup berpanas dan berhujanan di kubur itu. Sayu dan pilu hati ini melihat si tua itu. Terus aku terkenangkan ayah dan ibu. Semoga Allah memanjangkan usia mereka agar aku terus dapat menatap wajah mereka dan menabur jasa buat mereka. Terlalu banyak silap dan salah aku terhadap mereka. Aku bukanlah tidak teringin duduk di samping mereka tetapi tugas membuatkan aku terpaksa berjauhan. Bukan juga aku ingin memberontak kerana suatu ketika dahulu pilihanku ditolak tetapi aku ingin terus-terusan mencari pengalaman di tempat orang. Semoga dengan pengalaman aku terus dewasa dan berfikir dengan lebih matang. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua di tangan Allah. Allah merencanakan segala-galanya. Aku pon tidak tahu bila aku akan mati, semoga aku dapat menjadi hamba yang Taat akan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Walau siapa kita di dunia ini, kita harus sedar dan berbalik kepada Allah. Allahu Akbar, Allah Maha Besar.
Wednesday, March 5, 2014
Perjalanan
Berteleku aku sendirian
Dalam kesamaran kulihat
Cahaya menerombosi
Ruang Kegelapan
Ku sedar, ku akur
Masih ada sinar cahaya
Yang bisa menyinari hidup ini
Detik waktu ku lalui
Diwarnai dengan pelangi
Pelbagai warna
Indah sekali
Ingin kuberdiri di atas pelangi
Terasa begitu indah sekali
Mewarnai hidup ini
Ingin juga kupetik bintang di langit
Ku susun bergemerlapan dengan sinarannya
Namun kupasti itu tidak bisa kudapatkan
Hanya impian tinggal impian
Jatuh bangunku tiada siapa yang peduli
Hanya Dia Maha Mengetahui
PerancanganNya lebih teliti
Kuserahkan segala-galanya...
Agar tidak ku tersungkur lagi
~sutrasafa~

Sunday, February 16, 2014
Jodoh Itu Rahsia Allah
Semakin menginjak usia ini, aku lebih terbuka memperkatakan soal jodoh...dah gatal sangat nak kahwin...wehee...seronok ke kahwin...bila masuk ke gerbang perkahwinan mulalah berfikir ke arah tanggungjawab...kesediaan mental dan fizikal itu sudah ada namun calon??? sentiasa menjadi persoalan...sedang orang lain bercouple aku mampu melihat dan tidak pernah aku labelkan apa2 pada mereka...yang baik aku ambil tauladan, yang buruk aku jadikan sempadan. Sebenarnya aku amat bersyukur kerana aku tidak pernah bercouple...jika iman xcukup kuat, macam2 yang berlaku...kalau ke jinjang pelamin, Alhamdulillah mmg berjodoh dengan si dia tp jika tidak mmm Wallahualam...ya, berkawan tu memang ramai..bile difikirkan semula ada betulnya kata seorang teman lelaki yang kukenali satu ketika dulu "kita xpernah declair so lama2 pasti boleh lupa". Jadi istilah aku dan beberapa teman lelaki aku yang dulu hanya teman mesra...bila hilang kemesraan...mmm not friend anymore...teringat aku dalam satu sesi usrah yang pernah aku hadiri. Kata ustaz "tiada istilah kawan antara lelaki dan perempuan". Adanya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Allah jadikan lelaki dan perempuan itu untuk mengembangkan zuriat. Menambahkan ummat nabi Muhammad S.A.W.
“ Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami.”
Surah az-Zariat: 51
Allah menciptakan manusia secara berpasangan, lelaki dan perempuan, supaya daripada kedua-duanya dapat melahirkan keturunan. Demi tujuan ini, secara fitrah mereka dikurniakan dengan perasaan ingin dicintai, disayangi, diberi perhatian, dan memiliki kecenderungan mencintai serta memiliki pasangan hidup.
Bila memperkatakan soal jodoh, sememangnya itu rahsia Allah. Setiap insan sudah tertulis jodoh di luh mahfuz. Aku fikir Allah memang sweet sbb simpan nama pasangan dengan penuh rapi dan tiada siapa yang pernah tahu. Jodoh perlu ditunggu atau dicari? itu juga sentiasa menjadi persoalan. Aku anggap seperti rezeki. Setiap rezeki anak Adam telah ditetapkan, jika tidak dicari mana datangnya rezeki. Rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha. Jadi sama juga dengan jodoh. Ia perlu dicari. Jika tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki mana mahu dapat calonnya. Islam menganjurkan pelbagai cara seperti menggunakan orang tengah. Siapa yang tidak mahu melihat orang lain bahagia. Orang tengah sebagai pengantara dalam mencari jodoh mempertemukan dua insan dalam keadaan mengikut syariat Islam. Pilihan orang tua. Ibu dan ayah pon suruh cari sendiri....mmm tp bila nak dibawa calon banyak pula syaratnya. Ibu bapa mana yang xsayangkan anak. Kadang2 orang kata aku tidak ketemu jodoh kerana terlalu memilih tp memang perempuan juga berhak dalam memilih calon suami. Zaman yang penuh kecanggihan ni, macam2 lelaki yang ada, kadang2 takut melihat keadaan sekeliling. Untuk mempercayai insan yang bernama lelaki ajnabi itu sukar. Angan2 yang tinggi inginkan lelaki beriman, bekerjaya, baik paras rupa dan baik keturunannya. Cukup lengkap pakejnya sukar sekali. Jika diri xsebaik, secantik dan tinggi akhlak seperti Saidatina Khadijah, Aisyah dan Fatimah Rasulullah usah berangan...hehe...nasihat pada diri yang hina dina ini. Jadi setelah penat memerah otak, aku rasa pencarian calon harus diteruskan. Mungkin satu tahap nanti aku akan pasrah dan berhenti mencari. Aku perlu yakin dalm hati kun fayakun. Pasti jodoh akan ketemu suatu hari nanti. Wahai insan yang tertulis buatku, aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untukmu. Insya Allah aku takkan pernah putus asa untuk berdoa ke hadrat Ilahi agar mempertemukan aku denganmu. Akan aku terus bersabar menanti saat itu....hihi...tetibe mengeluarkan ayat2 berbunga2...yang pasti aku tahu Allah penentu segala2nya. Yang jelas mati itu sudah pasti...mempersiapkan diri untuk mendapat redha Ilahi
Friday, April 5, 2013
Lilo, Lily dan Lolly
Melihat hidupan yang diciptakan Allah memang menenangkan...sesekali kepenatan melihat haiwan2 ini berenang dengan tenang menjadi terapi jiwa...Lilo dan Lily...2 ekor ikan yang menjadi anak angkatku...kuambil dari sebuah kdai utk dijadikan anak angkat dan pengubat jiwa...hihi sangat comel...Kusangkakan panas smpi ke ptg rupanya hujan di tengah hari...hanya 2 hari Lilo dpat bertahan..mungkin kerana kekurangan oksigen atau klorin dlm airnya terlalu tinggi...selepas kepenatan pulang dari sekolah, melihat Lilo keras membatu di dalam akuarium kecil itu membuatkan air mataku mengalir laju..terasa aku tidak mampu menjaga mereka dengan baik..kuletakkan pusaranya di hadapan rumah...Allah lebih menyayanginya...jadi untuk mencarikan teman untuk si Lily, aku mengambil seekor anak angkat lagi...kunamakan ia Lolly...setiap hari kujaga kedua-duanya dengan baik...berbual2 dengan mereka membuatkan hatiku senang....bukan diri ini gila, tetapi meluahkan kepada mereka terasa ringan sedikit beban...namun, Lily hanya dapat bertahan selama sebulan...sebagai pencinta haiwan, aku sekali lagi menitiskan air mata..terasa sedih sangat bila sesuatu yang kita sayang pergi....aku takut aku tidak mampu menjaga makhluk Allah ini dengan baik..jadi aku biarkan Lolly keseorangan...dengan harapan, cukup oksigen baginya seekor di dalam akuarium comel itu....kini genap 2 bulan Lolly bersamaku..aku berharap Lolly setia menemaniku...aku xsanggup lagi menjadi insan yang tidak mampu menjaga nyawa makhluk Allah yang comel ini...Lolly, mama sangat sayang kamu...Lilo dan Lily...kamu berdua tetap jadi pujaan hati mama, smoge kmu tenang di sana...ini baru haiwan, kalu insan yang aku amat sayang, tak tahulah bagaimana rasanya, nauzubillahi min zalik..semoga insan2 yang kusayang tetap bersamaku...smoga sentiasa dlm rahmat Ilahi ...I love u allz...Allah tolong jagakan semua insan yang kusayang...
Lilo dan Lily
Lilo in peace...pusara Lily di sebelahnya kini...
my only one now, Lolly...sarangheyo
Thursday, November 29, 2012
Kenangan masa silam
Mengapa manusia perlu mengingati masa silam...pabila dihimpit masa silam, segalanya nampak kelam...masa silam yang ingin dikongsikan di sini adalah masa silam yg penuh kesedihan dan kekecewaan. Perlukah kita hidup dalam kenangan dan angan2...berpijak di dunia realiti dan tinggalkan masa lalu. Apa yang berlaku jadikan pedoman dan panduan untuk melayari hidup pada masa hadapan. Kebahagiaan pasti akan ditemui di setiap perjalanan. Ingatlah Allah bersama orang2 yg sabar. Sememangnya awalan sabar itu pahit tp manisnya akan ditemui di akhir perjalanan nanti. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan. Jangan sesekali kita menjadi insan yang kufur nikmat. Masya-Allah...maafkan aku, sesekali aku terleka ingatkan aku kembali ya Allah. Semoga aku berada di landasanMu ya Allah. Aku hanya mendambakan kasih sayangMu. Sememangnya aku tidak nmpk Kamu, tp Kau ya Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Agung. Allahuakbar. Berikan ketenangan jiwa, smoga aku dapat merasa kasih sygMu itu. Sungguh aku hanya insan yang lemah, bantulah aku. Ku percaya Kau sentiasa disisiku. Jadi tinggalkan segala kekecewaan dan kesedihan. Aku pilih untuk hidup bahagia. Berbahagialah di dunia dan di akhirat. Ikuti suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Setiap insan berhak mengecapi kebahagiaan. Be positif and strive for our success. May Allah bless us :)
Tuesday, October 9, 2012
Rapuhnya Institusi Kekeluargaan
Entry kali ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi melihatkan keadaan sekeliling membuatkan jari-jemari ini terus terusan menekan papan kekunci ini. Usrah iaitu keluarga suatu institusi yang amat penting dalam pembangunan Islam. Bermula dari diri individu muslim itu wujudnya baitul muslim. Sepertimana dalam firman Allah dlm surah Annur :26, maksudnya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Untuk mewujudkan baitul muslim itu bukanlah proses setahun dua tp proses yang mengambil masa bepuluh-puluh tahun. Jadi seseorang muslim itu perlu mendidik diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. InsyaAllah pasangan yg akn ditentukan adalah yang baik juga. Maka wujudnya sebuah baitul muslim yg hebat.
Namun melihatkan insan yang amat baik tetapi memperoleh pasangan yang tidak baik. Bagiku mungkin itu adalah ujian dari Allah yg Maha Esa. Oleh itu, jgn menyalahkan takdir dan menyatakan bahawa Allah itu tidak Adil. Allah Maha Adil. Allah memberikan ujian itu setimpal dengan apa yg mampu ditanggung oleh seseorang itu. Oleh itu, bersabarlah dan yakin dengan janji-janjinya. Berdoa kepada Allah.
Mendengar di kawasan kejiranan, sepasang suami isteri bertengkar, bertikam lidah dan membaling barangan ibarat hampir gempa bumi dibuatnya membuatkan aku menggelengkan kepala sahaja. Terus aku berfikir betapa rapuhnya institusi kekeluargaan. Bagi aku jika tidak mampu berlaku adil. Usahlah berpoligami.
Allah telah berfirman:
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Ini memang tidak boleh disangkal. Lelaki itu boleh berkahwin lebih dari satu. Ini adalah supaya terhindarnya maksiat dan fitnah di muka bumi ini. Namun, bagi pendapatku jika tidak berlaku adil apa gunanya berkahwin lebih daripada satu. Aku sebagai perempuan bukan menyangkal hak berpoligami ini tetapi lelaki harus sedar bahawa hati wanita itu selembut kapas. Hati wanita mana yang tidak terusik jika dimadukan. Siapa yang sanggup berkongsi kasih. Mungkin itu yang dirasai oleh jiranku yang hanya aku terdengar terpekik terlolong, pung pang2 ngn suaminya yang sudah memadukannya. Madu itu manis kan tp bermadu itu perit macam hempedu...hihi ckp macam ade pengalaman. Oh, tidak! aku hanya bercakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman insan lain.
Perbalahan itu bukan sekali yang aku dapat saksikan tetapi hampir setiap kali si suami pulang ke rumah. bila si ibu dan si ayah bergaduh, pernahkah mereka terfikir anak-anak yang makin membesar dan menginjak usia itu. Tidakkah emosi mereka terganggu? makin lama aku sedikit sebanyak dipengaruhi dengan mentaliti bahawa membina sebuah keluarga itu satu tanggungjwb yg besar dan amat menakutkan...ngeri...
Namun, sesekali melihat sepasang suami isteri yg sudah berusia berjalan berpegangan tangan membuatkan aku tersenyum. Aku mula terfikir apakah rahsia rumahtangga pasangan ini yang membuatkan mereka berkekalan hingga kini...sweet je tengok. Pasti mawaddah wa rahmah fi usrah itu sentiasa ada.
Melihatkan pengalaman insan di sekeliling banyak mengajar aku. Insya-Allah yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Subscribe to:
Posts (Atom)