Monday, April 1, 2024

Kesabaran itu mahal

 Termenung aku seketika melihat ke jendela mengenang tabir dosa. Sungguh aku bukanlah insan yang sempurna. Bnyk sekali kelemahan diri ini. Segalanya perlu diperbaiki. Dengan title isteri, ibu itu makin mematangkan diri ini. Namun sesekali menitis air di tubir mata ini. Kuseka & kutarik nafasku dlm². Hanya mampu memujuk diri agar bersabar & terus bersabar. Kata org suami & anak-anak itu hanya pinjaman. Dunia ini juga pinjaman. Semua tak kekal lama. Suatu masa Allah ambil hak milikNya semula. Kita semua milik Allah. Dari Allah kita datang & kepadaNya juga kita kembali. Bila & bagaimana hanya Allah yang tahu. Sabar itu mahal. Jika hilang sabar segalanya kucar kacir jadinya. Jika bukan orang lain yang bersabar. Pujuklah hati untuk terus bersabar. Kutelan segala pahit untuk dapatkan yang manis. Aku percaya insyaAllah segalanya akan kembali seperti sedia kala. Teruskan bersabar wahai diri. Buang segala rasa ego. Teruskan bermuhasabah. 

Saturday, August 28, 2021

Ep2: Placenta previa, Aku dan kandunganku

Alhamdulillah kupanjatkan pada Ilahi, kini bayiku telah berumur 5 bulan. Masih terkenang daku berada di wad 3-2 hampir sebulan lebih. Aku melalui hari2 di wad menyaksikan adanya bayi yang baru lahir di bilik yang kudiami hampir setiap hari. Ada yang Allah permudahkan urusan ibu2 untuk bersalin normal. Kebanyakkannye bersalin secara ceaser sbb klu bole normal tggu kt pac...lpas bersalin klu ibu dan bayi ok esoknya dah boleh pulang ke rumah. Kawan sebilik pon bersilih ganti. Paling sayu melihat ibu dan bayi boleh pulang. Sepatutnya aku tumpang gembira. Mungkin aku yang lama di wad yang menyebabkan hati tu sayu je. Setiap hari juga aku didatangi pakar bertanyakan khabar. Memastikan tiada lagi berlaku pendarahan. Sungguh aku tak banyak bergerak seperti yang disarankan kecuali membantu rakan2 yang baru bersalin mana yang termampu. Maklumla pkp tiada suami atau keluarga yang menemani. Rakan2 di wad la yang boleh membantu tambah2 kalau kesan bius pd ibu2 yg bersalin ceaser masih ade. Bdn masih lemah, baby di sebelah menangis. Sungguh empati rasanya. Hari ini kita mudahkan urusan orang lain insyaAllah nanti urusan kita pon dipermudahkan. Paling aku ingat rakan sebilikku M. Teman paling lama di wad. Seronok menikmati masa makan dan berbual. Setiap kali kami mendengar troli makanan ditolak, kami bersiap2 sambil ketawa. Itu sahaja hiburan kami. Namun seminggu sebelum aku bersalin, dia dibenarkan pulang sebab bacaan air ketuban kembali normal. Sungguh die berusaha untuk naikkan air ketuban. Berkesan dengan meminum air kelapa yang berjaya diseludup masuk dibawa oleh ahli keluarganya. Jadi sesiapa yang kurang air ketuban ketika hamil bolehla berikhtiar dengan meminum air kelapa. Kembali kepada kes yang aku hadapi placenta previa, setelah discan semula kembali ke pp type 2. Puas sudah aku berharap boleh bersalin normal namun, pakar sudah menetapkan tarikh untuk aku bersalin secara ceaser. Masih aku ingati tarikh yg bersejarah ini. 8.3.2021- kelahiran bayi keduaku secara ceaser. 2 minggu sebelum pembedahan aku berjumpa pakar bius. Aku ditolak dengan wheel chair oleh nurse yang ditugaskan kerana keadaan aku yg mengalami placenta previa. Seronok betul hati dapat keluar wad tengok pemandangan luar je pon. Aku dimaklumkan oleh pakar bius akan kesan2 bius. Masa tu banyak jugakla yang ditanya walaupun sudah tau keadaan rakan2 bilik yg sudah bersalin secara ceaser. Hati ni galau je. 3 hari sebelum masuk ke dewan bedah, aku jalani ujian swab pcr. Alhamdulillah negatif. Aku menanti dengan penuh debaran. Sehari sebelum aku discan semula oleh pakar. Pakar itu adalah adik kepada kenalanku yang sama berkhidmat suatu ketika dulu. Setelah ultra sound semua, dia memaklumkan ketua jabatan yang ingin mengetuai pembedahan ku esok. Aku menerimanya dengan redha yang aku perlu bersalin secara ceaser. Nurse sudah mengingatkan untuk aku berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Menyiapkan aku dengan branula. Menyediakan pakaian untuk aku jalani pembedahan hari esoknya. Aku trus2 berdoa agar segalanya dipermudahkan. Esoknya memang akulah orang yang pertama dijadualkan untuk ceaser. Tangan jangan nak kata sejuk rasa belum masuk dewan bedah lagi. Aku bersiap baring di ats katil yang diusung hingga ke dewan bedah. Aku menunggu di ruangan menunggu. Kemudian dibawa ke dewan bedah. Aku dipindahkan ke atas katil. Aku mule menggigil. Betul2 sejuk bilik bedah tu. Aku diarahkan duduk memegang bantal. Terasa satu suntikan di belakangku. Kemudian aku hanya mengikut arahan sehingga aku selesai dibius. Setelah selesai dibius aku baring semula, aku memang tidak boleh menggerakkan kakiku. Benar bius itu berkesan, kmudian kedengaran suara ketua jabatan yang semua org panggil 'datuk'. Aku kenal betul suara itu sebab  di pac dan wad rajin die melihat pesakitnya. Aku yang menggigil diberikan warmer. Branula dicucuk lagi di sebelah lain. Wayar dipasang sana sini. Aku hanya melihat dan mendengar. Kain hijau diletakkan menghalang aku untuk melihat apa yang berlaku. Hanya kedengaran peralatan logam untuk pembedahan tung tang dan sentuhan di perutku. Benar tiada langsung rasa sakit seperti contraction. Sedar2 aku melihat jam di dinding 8.30 pagi dan kedengaran tangisan bayi. Ada nurse yang membawa bayiku ke arahku. Nurse tersebut menunjukkan jantina bayiku. Aku dibenarkan mencium pipi bayiku. Sungguh syukur kupanjatkan pada Allah, bayiku selamat dilahirkan.Kemudian bayiku dibawa ke nicu. Aku dibawa keluar dari bilik bedah dan diletakkan di ruang pemulihan. Sungguh aku tidak boleh menggerakkan kakiku..terasa berat. Kedengaran nurse diruangan itu bersuara 'puan perlu gerakkan kaki, kalau tidak puan tak bole naik ke wad'. Lama juga aku disitu sehingga aku boleh menggerakkan jari2 kakiku dan angkat sedikit kakiku. Aku dibawa ke wad. Kesan bius itu benar2 buat kepala aku pening. Berapa kali aku muntah xterkira sudah. Apabila suamiku dibenarkan naik mengambil uri sempatla aku berbual dengannya namun kepala ku masih pusing. Aku berehat sampaila pagi esoknya bru aku boleh berjalan sendiri ke tandas. Hari ke 3 selepas pembedahan aku dibenarkan discharge tanpa baby. Sedih juga tp apakan daya aku tahu gbs carrier seperti ku ini. Inilah yg dihadapku. Menanti baby boleh discharge dari nicu. Aku dibenarkan melawat anakku di nicu. Aku meninggalkan wad 3-2 dengan mengucapkan terima kasih kepada semua jururawat. Sungguh mulia hati mereka. Suamiku menghantar aku ke nicu dengan wheel chair. Aku masuk melihat bayiku dan menyusukannya. Sungguh bahagia dapat menyusukannya. Aku pulang malam itu dijemput suami dan anak sulungku. Gembira hati ini. Anak sulungku sebelumnya terbiasa duduk dipangku dinasihatkan ayahnya duduk di seat belakang kerana keadaan ku yg bru shj dibedah. Keesokkan hari bru anak keduaku dibenarkan pulang. Gembira hatiku menjemput pulang bayi keduaku. Sedikit coretan pengalamanku. Aku bahgia punya dua puteri kini. Moga diberi kesihatan yang baik melihat puteri2 ku membesar dengan sihat dan kuat. insyaAllah.

Thursday, February 4, 2021

Ep 1:Placenta Previa, Aku dan Kandunganku

28.1.2021 bermula coretan Placenta previa, Aku dan Kandunganku...Inilah tarikh yang aku akan ingati bagaimana seribu rasa galau dan risau kerana episod pertama pendarahan bermula. Kandungan keduaku ini baru mencecah 31 minggu 4 hari. Semasa sedang asyik menggoreng ikan tiba2 aku rasakan sesuatu keluar. Aku memandang ke bwh...titisan darah di lantai. Terus aku ke bilik air...darah semakin bnyk membasahi kakiku..makin kubasuh makin banyak pendarahan. Aku panik memanggil suamiku. "Abang, bawa syg ke hospital, doktor pesan klu setitis darah je trus ke hospital". Kami sama-sama panik. Bergegas kami berdua mengambil barang yang penting dan terus ke hospital. Melalui sekatan jalan raya semasa PKP suamiku memberitahu pihak polis yang kami dalam kecemasan akibat pendarahan yang aku alami. Sampai di pintu lobi kecemasan aku duduk atas kerusi roda dan dihantar ke PAC. Terkesan darah atas kerusi roda itu. Pad yang kupakai penuh darah. Selepas mendaftar dan menukar pakaian hospital aku dibaringkan di atas sebuah katil dan dipakaikn branula di kiri kanan tanganku. Kemudian aku dibaringkan di atas sebuah katil lain di satu sudut bernombor 5. Swab test dijalankan. Pedih dan berair air mata di hidung. 2kali diswab kerana blood staining untuk first swab.  Keadaan cemas. Aku diobserve, perutku di scan dan ctg diperiksa. Pad ditukar.Segalanya kurasakan pantas berlaku. Satu suntikan dexa bagi mematangkan paru-paru bayi diberikan. Sakit kurasakan. Namun kugagahkan demi kandunganku. Aku disahkan placenta previa type 3 posterior. Perasaan yang cukup berdebar dan runsing aku fikirkan. Tambahan lg doktor memaklumkan aku perlu bersedia sekiranya emergency czer perlu dijalankan jika pendarahan berlanjutan dan tidak berhenti. Jika sudah berhenti aku akan dimasukkan ke wad untuk jangkamasa yang lama. Aku perlukan bedrest. Selepas 12 jam aku mendapat suntikan ke-2 dexa. Memang suntikan ini sakit rasanya. Aku merelakan sahaja. Apa yang penting adalah kandunganku. Banyak kata2 nasihat dan semangat dari kawan2ku, majikanku dan semestinya keluarga yang amat kusayangi. Terima kasih semua atas doa yang dititipkan. Hari2 yang berlalu di PAC kuharungi dengan tabah dan sabar walaupun terkadang aku merungut rimas dan bosan juga. Biasela tiada mnusia yg perfect dalam mengharungi ujian dan dugaan..terkadang terbungkam jua dalam hati. Mengapa aku, banyakkah dosaku, inikah kafarah atas dosa2ku...sungguh sedih aku memikirkannya. Setiap masa aku diuruskan oleh jururawat kerana aku dipasangkan drip dan tiub kencing. Hari pertama aku berpuasa tanpa makanan. Minuman hanya sedikit untuk mengambil ubatan tiroid. Masih terkenang aku masa aku mengandung buat kali pertama aku menghidap Medullary Tiroid Ca. Bayi pertamaku dilahirkan secara normal. Dipermudahkan segalanya. Aku kemudian dibedah untuk membuang seluruh tiroidku. Kerana itu kini banyak ubatan yang perlu diambil bg mengganti fungsi rerama ku yang sudah meninggalkanku. Sungguh terakam kenangan lalu. Jadi berbalik kepada kisahku kini. Sungguh aku kagum dengan jururawat dan doktor disini menguruskan semua wanita2 yang bersalin. Pelbagai ragam pelbagai kes. Di satu sudut wanita mengerang kesakitan tidak tahan dengan contraction. Di sudut lain pula degupan jantung di mesin ctg berdegup kencang. Di sudut lain pula katil disediakan untuk membawa pesakit ke bilik bersalin. Hampir setiap hari kesibukan para doktor dan jururawat menguruskannya. Aku juga sibuk diuruskan oleh jururawat sehari2 sehingga 2.2.2021...Hari itu hari di mana aku mendapat perkhabaran yang aku akan ditempatkan di wad. Aku dihantar ke wad oleh jururawat dengan aku duduk di atas kerusi roda. Lega aku dapat berada di wad kerana aku boleh mandi. Lama sungguh rasa xdpt mandi sbb di PAC tiada shower. Tetapi ditukarkan pakaian oleh jururawat setiap hari. Di wad aku menguruskan diriku sendiri tetapi masih dinasihatkan untuk banyak berehat. 4.2.2021 bersambung Ep 2: Placenta previa, Aku dan kandunganku



Saturday, October 21, 2017

Bahagia yang kucari

Cengengkah aku? Manjakah aku? Persoalan itu sentiasa menerpa dalam kotak fikiranku tatkala aku ditegur, dirundung hiba...terasa semua kesalahan terletak di bahuku..jika dulu aku sepi kini bersuami punyai keluarga yg penuh mawaddah dan rahmah...itu impianku..seharusnya aku bersyukur Allah mengurniakan aku seorg suami, imamku, ayah kepada anak2 ku..namun apakan daya sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri...sungguh aku bahagia seperti wanita terbahagia lain..cuma terkadang aku tetap sunyi, padahal janin dlm rahimku kian membesar..pembawakan budak barangkali..tersentuh sedikit, mengalir air jernih ini..lelah, penat rasanya..aku harus sedar xsemua yg diimpikan boleh aku peroleh..seringkali ku pujuk diri ini..bersyukurlah wahai diri..Allah telah memberi sebesar nikmat buatmu..teruskn melangkah di dunia ini dengan gigih, tabah dan sabar..usahlah mengeluh..takkan mudah membuatkan org lain memahamimu jika kau tidak pernah memahami insan lain..taatilah suamimu selagi mana tidak bercanggah dengan syariat kerna disitu letak syurgamu...


Monday, May 15, 2017

Kehidupan

Life....

Kehidupan sememangnya penuh dengan cabaran.kadang2 kita melihat dunia terlalu menipu..dunia ni hanya sementara..akhirat tmpt kekal abadi..kita sebagai pelakar di dunia ini mencorakkan kehidupan kita sama ada warnanya menarik atau kusam..lakarlah senyuman di bibir agar tidak org lain memikirkan dunia ini terlalu membosankan..jgn biarkan jiwa kita mati hidup di dunia ini.Berzikirlah kepada Allah moga hati kita menjadi tenang..tiada yg lebih membahagiakan hanya dgn mengingati Allah..Hiduplah dengan prinsip mencari keredhaan di muka bumi ini..Sebenarnya kita yang menentukan sama ada hidup ini bahagia atau tidak...jika kita rasakan betapa sukarnya kehidupan kita ada lagi kehidupan insan lain yang lebih sukar..jika kita rasakan hidup ini menyedihkan ada lagi insan lain dengan jerih payah hidupnya mengalirkan air mata..sentiasa positif, pasti hidup ini dirasakan indah...hayati petikan bait2 lagu ini

Hidup ini adalah anugerah dari Allah
Insan yg berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pd kedamaian
Rinda pd ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan jua kebahgiaan...

Ingatlah hidup ini satu anugerah
Pautkan rindumu pd Ilahi moga bertemu ketenangan dan kebahgiaan abadi
Pelayar sepi: sutrasafa
15.5.2017

Thursday, September 8, 2016

Fikiran negatif membutakan hati

Fikiran yang positif lahir daripada hati yang bersih, fikiran negatif lahir dari hati yang kotor...mungkin dalam xsedar banyak dosa yang kulakukan.. bilamana otak ligat berfikir yang negatif hati kian tidak merasa tenteram..jiwa kacau, berkecamuk...segala-galanya tidak kene...kadang2 duduk aku bersendirian mengapa aku perlu memikirkan sesuatu yang tidak akan berlaku lagi? Negatif yang tiba...sepatutnya pemikiran yang positif harus kutanamkan...fikir yang baik-baik sahaja Insya Allah yang datang hanya yang baik2...namun apa yang mampu aku lakukan di saat aku berfikiran negatif..takut yang kunjung tiba..benar aku risau dengan apa yang bakal berlaku nanti..sepatutnya aku ada Dia...ku harus serahkan segala-galanya pada Allah yang Maha Esa..tempat pengaduanku yang satu kerna Dia Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu..Allah, mungkin aku terlalu jauh padaNya..sungguh Dia mahu hambaNya bercerita, mengadu di hadapanNya...barulah sakinah @ ketenangan itu yang diperoleh...fikiran yang positif diiringi...wahai diri positifla, fikir yang baik2..insyaAllah kau akan ketemu bahagia itu..pilihlah untuk bahagia..bukan derita yang kau cari jika ada anggaplah ia ujian untuk mentarbiah diri..setiap masalah ada jalan penyelesaiannya...bersabarlah dan jadilah insan yang tabah...

Wednesday, July 29, 2015

Sepi

Hidup ini satu perjalanan yang panjang. Tidak kutahu di mana pengakhirannya kerana bukan sahaja kita semua punya kehidupan di dunia tapi punya kehidupan di akhirat sana. Saat semua berlumba-lumba mencari kebahgiaan dan ketenangan, aku hanya menjadi pemerhati kerna aku tidak pasti di mana kutemui kebahgiaan dan ketenangan itu. Seringkali aku ingin cari ketenangan dan kebahgiaan itu ibarat mencari mutiara di dasar lautan Jauh ke dasar lautan namun tidak aku temui. Benarkah aku sudah cukup bahagia? Kerna persoalan ini seringkali menerpa tatkala aku sendirian. Mungkin saat ini Allah ingin menyapa hati yang sunyi ini. Mengharap hambaNya berbicara denganNya.
Kadang-kadang emosi yang halus ini terusik melihat kebahgiaan orang lain. Melihat pasangan punyai anak kecil comel sedang berlari. Teringin jua merasa pengalaman itu. Punyai keluarga yang bahagia. Namun segalanya itu rezeki dari Allah. Mungkin itu akan aku kecapi suatu hari nanti. Saat kesunyian inilah aku ingin seseorang yang boleh mendengar aku bercerita. Cerita yang sanggup didengari tanpa rasa keluhan dan setia mendengarnya. Seseorang yang boleh memberi aku semangat untuk terus hidup dengan gembira. Ingin sekali aku merasai rasa gembira yang pernah bertandang suatu ketika dulu. Punyai rakan-rakan yang mengisi kesunyian ini. Punyai teman yang boleh berkongsi rasa dan perasaan. Adakah itu kebahgiaan yang aku cari. Sedangkan rakan datang dan pergi. Ingin sekali aku bersama keluargaku. Ayah, mak dan adik beradik yang lain. Namun, adik beradikku juga punyai keluarga masing-masing. Mungkin saat dan peluang ini kukira harus kuambil untuk menjaga kedua orang tuaku. Namun, jauh di sudut hati risau, risau sekali aku bakal menyusahkan mereka. Aku ambil keputusan untuk terus merantau. Namun, tidak pula ketemu rasa bahgia itu kerna kesunyian itu terlebih dahulu menyapa membuatkan aku sepi, sepi sekali.
Ya Allah, aku berharap rasa cintaku terhadapMu dapat mengisi kesepian dan kesunyian ini.

Coretan seorang insan sepi